awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDNK sebenar Malaysia berkembang 5.5 peratus pada 2018 - UBS

Bernama
Bernama
14/12/2017
14:20 MYT
KDNK sebenar Malaysia berkembang 5.5 peratus pada 2018 - UBS
Menurut UBS KDNK Malaysia dijangka kekal kukuh pada 5.5 peratus pada tahun depan.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal kukuh pada 5.5 peratus pada 2018, didorong oleh pemberian tunai sekali sahaja kepada kakitangan awam menjelang pilihan raya umum dan projek kereta api utama seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), menurut UBS Investment Bank.
"Kami menjangka aktiviti berkaitan pembinaan ECRL, dijadual bermula pada awal 2018, akan menambah 0.3-0.5 mata peratusan kepada pertumbuhan KDNK. Kami menjangka peningkatan yang sama daripada projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi pada 2019," kata Ahli Ekonomi Alice Fulwood hari ini.
Beliau berkata aliran masuk pelaburan yang kukuh ke Malaysia, didorong oleh dasar Satu Jalur Satu Laluan China dan keutamaan yang relatif kepada pelaburan korporat Amerika dan China, akan turut memberi sumbangan yang besar kepada unjuran pertumbuhan yang meningkat.
Bagi tahun ini, Fulwood berkata KDNK dijangka berkembang enam peratus dalam keadaan kadar inflasi rendah.
Beliau menjangka inflasi susut kepada 3.4 peratus pada 2018 berbanding 3.9 peratus tahun ini, berikutan kenaikan harga minyak pada awal 2017.
"Kami berpendapat Bank Negara Malaysia akan menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas dua kali pada 2018, pertama pada Januari dan kali kedua pada separuh kedua tahun tersebut," katanya.
Fulwood berkata unjuran ekonomi domestik yang kukuh dan unjuran dasar monetari yang memihak kepada kadar faedah tinggi akan menyokong pengukuhan ringgit tahun depan, menjangka unit tempatan diniagakan pada 4.10 pada akhir 2017 dan mengukuh kepada 3.90 berbanding dolar US pada 2018.
Mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14, beliau berkata risiko terhadap pelaburan yang dinamik agak rendah berikutan kebanyakan pelabur asing menjangkakan kesinambungan dasar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Ekonomi Alice Fulwood
#Amerika Syarikat
#China
#ECRL
#ekonomi domestik
#KDNK
#kukuh
#pilihan raya umum
#risiko
#UBS Investment Bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan