SINGAPURA: Ekonomi Singapura mencatat pertumbuhan 14.3 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2021 iaitu lanjutan pertumbuhan 1.3 peratus pada suku sebelumnya, demikian menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.
Dalam kenyataan mengenai unjuran awal yang dikeluarkan hari ini, MTI berkata pertumbuhan lebih kukuh itu disumbangkan terutamanya oleh kesan asas lebih rendah pada suku kedua 2020 apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) susut 13.3 peratus berikutan pelaksanaan langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 pada 7 April-1 Jun, 2020.
Sebahagian besar daripada unjuran awal KDNK bagi suku kedua 2021 itu mewakili data dalam tempoh dua bulan pertama suku berkenaan iaitu April dan Mei 2021.
Menurut kementerian itu, KDNK bagi suku kedua 2021 kekal 0.9 peratus di bawah paras sebelum pandemik pada suku kedua 2019.
Bagi asas pelarasan suku ke suku, ekonomi Singapura menguncup 2.0 peratus pada suku kedua 2021 selepas mencatat pertumbuhan 3.1 peratus dalam suku sebelumnya.
Dari segi prestasi sektor, MTI berkata sektor pembuatan berkembang 18.5 peratus bagi tahun ke tahun dalam suku di bawah kajian tersebut yang meneruskan pertumbuhan 11.3 peratus dicatatkan sebelum ini.
"Pertumbuhan itu disokong oleh pengembangan output dalam semua kluster kecuali pembuatan bioperubatan," katanya.
Sektor pembinaan tumbuh 98.8 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2021 iaitu peningkatan berbanding penguncupan 23.1 peratus dalam suku sebelum ini.
"Peningkatan ketara itu disebabkan oleh kesan asas yang rendah apabila pelaksanaan sekatan pemutus rantaian tersebut menyebabkan penutupan sementara semua aktiviti pembinaan dalam suku kedua tahun lepas," katanya.
Menurut MTI, nilai tambah bagi sektor itu kekal 31.6 peratus di bawah paras sebelum pandemik suku kedua 2019.
Bagi sektor perkhidmatan, dagangan borong dan runcit serta pengangkutan dan penyimpanan berkembang 9.3 peratus pada suku kedua 2021, sekali gus mengatasi penguncupan 1.7 peratus dalam suku sebelum ini.
Sektor maklumat dan komunikasi, kewangan dan insurans serta perkhidmatan profesional meningkat 7.8 peratus pada suku kedua 2021 dan meneruskan pertumbuhan 3.2 peratus pada suku sebelumnya.
Kumpulan sektor perkhidmatan lain seperti penginapan dan makanan, hartanah, perkhidmatan pentadbiran dan sokongan serta lainnya, meningkat sebanyak 13.4 peratus dalam suku di bawah kajian berbanding penguncupan 3.8 peratus dalam suku sebelum ini.
Kementerian itu akan mengumumkan unjuran awal KDNK bagi suku kedua 2021 termasuk prestasi sektor-sektor, sumber pertumbuhan, inflasi, penggajian dan produktiviti menerusi laporan Tinjauan Ekonomi Singapura pada Ogos 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 14 2021
KDNK Singapura bagi suku kedua 2021 kekal 0.9 peratus di bawah paras sebelum pandemik pada suku kedua 2019. - Gambar fail
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura
Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini.
Bapa hilang ditemukan di Singapura 4 tahun lepas meninggal dunia di Kelantan
Ali Jais meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, Kelantan, kira-kira jam 4 petang Isnin.
Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka
PETRA memaklumkan proses bidaan itu dilaksanakan menerusi platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat
MFA menasihatkan rakyat Singapura untuk menangguhkan semua perjalanan ke Iran berikutan keadaan keselamatan terkini.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Joseph Schooling bersara dari sukan renang
Schooling mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kariernya.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.
RTS pacu ekonomi dan pasaran hartanah Johor
Johor menyaksikan metamorfosis, daripada negeri yang mempunyai hartanah tidak terjual tertinggi kepada kedudukan yang lebih menguntungkan.