Setelah kerajaan dan rakyat mengizinkan 'pengorbanan' berbilion ringgit untuk memulihkan Malaysia Airlines (MAS) yang beroperasi di bawah syarikat baharu Malaysia Airlines Berhad (MAB) mulai 1 Sept, kini kejayaan syarikat penerbangan nasional itu bukan sahaja bergantung kepada pengurusan baharu, malah memerlukan pengorbanan daripada 14,000 kakitangan yang diambil bekerja semula dengan syarikat itu.
Demikian ditegaskan oleh pakar geostrategis di Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Azmi Hassan, yang mengingatkan para pekerja bahawa rakyat kini amat mengharapkan pulangan daripada pelaburan yang diperuntukkan untuk pelan penstrukturan semula MAS, dan jika syarikat gagal sekali lagi, tidak mungkin akan ada satu lagi usaha untuk menyelamatkannya.
Beliau memberitahu Bernama, rakyat telah memberi peluang sekali lagi kepada MAS dan oleh itu, Khazanah Nasional Berhad yang memiliki pegangan sepenuhnya dalam syarikat penerbangan itu membelanjakan RM6 bilion untuk memulihkannya dan 'RM6 bilion ini adalah wang rakyat dan ini menunjukkan sokongan padu rakyat kepada MAS.'
"Dan pada ketika ini, rakyat meminta pengurusan MAS dan juga para pekerjanya memberi komitmen yang paling tinggi ke arah memajukan MAS, selari dengan syarikat penerbangan lain yang berjaya.
"Maknanya, 14,000 pekerja ini perlu menunjukkan mereka berterima kasih sebenarnya serta penghargaan mereka kerana diambil bekerja dalam syarikat baharu, dan inilah yang rakyat mahu lihat," kata Dr Azmi.
Beliau berkata bibit-bibit awal kejayaan usaha pemulihan sudah mula muncul dengan pengurangan kos operasi, termasuk pemberhentian 6,000 pekerja.
Awal Mei lalu, syarikat penerbangan nasional telah menandatangani perjanjian penyelesaian hutang bersama penyedia katering Brahim’s Airline Catering Sdn Bhd (BAC), menjimatkan kira-kira 25 peratus daripada keseluruhan bil bulanannya.
BAC mempunyai kontrak terbesar di antara kesemua 4,000 rundingan semula kontrak bekalan, sebahagian daripada pelan pemulihan syarikat penerbangan tersebut.
Di samping itu, rasionalisasi laluan penerbangannya telah menyaksikan pengurangan serta pemberhentian destinasi laluan yang tidak menguntungkan.
"Kita mahu melihat bukan sahaja kos rendah itu memberikan keuntungan, bahkan dapat menarik penumpang yang lebih ramai. Jadi itu cabarannya," tambah beliau.
Menurutnya cabaran itu bukan terletak kepada pengurusan tertinggi, malah 70 peratus atau 80 peratus terletak kepada mereka yang berada di bawah atau di luar lingkungan pengurusan tertinggi kerana mereka inilah yang berhadapan dengan penumpang.
"Dalam industri penerbangan, semuanya berlandaskan penumpang, apa yang dikatakan penumpang, apa yang dirasai oleh penumpang," katanya.
Dr Azmi berhujah, penumpang tidak akan berurusan dengan pengurusan tertinggi tetapi dengan 14,000 yang di luar lingkungan pengurusan tertinggi dan adalah penting jika pengurusan tertinggi memberi komitmen, komitmen yang sama harus diterjemahkan oleh para pekerja yang lain.
Dr Azmi tertarik dengan komitmen yang diberi oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAS Christoph Mueller untuk mengembalikan syarikat itu ke landasan keuntungan dalam tempoh tiga tahun, dan beliau yakin ini akan menjadi kenyataan.
"Sebenarnya salah satu tanggungjawab CEO adalah untuk mendapatkan barisan pengurusan yang serasi dengan beliau. Dan yang paling menarik ialah selain daripada pengurusan tertinggi yang terdiri daripada rakyat asing, ada antara rakyat asing itu terdiri daripada pesaing beliau sendiri. Pesaing-pesaing Mueller semasa beliau dikatakan berada di Luthansa, semasa beliau berada di Aer Lingus.
"Jadi ini kita boleh baca strategi Mueller, beliau tidak menghiraukan seteru walaupun sebelum ini berseteru dalam perniagaan tapi beliau mahu mendapatkan kepakaran yang sebenar. Itu beliau sanggup dikatakan mengambil seteru beliau sebelum ini," katanya.
Dr Azmi berkata yang cuba dilakukan ialah bagaimana etika bekerja pengurusan itu dapat diturunkan ke bawah - iaitu barisan pekerja kerana penerbangan adalah satu perkhidmatan.
Dalam lain perkataan, walaupun barisan pengurusan tertinggi orang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman, itu tidak akan memberi makna apa-apa, jika yang di bawah itu tidak mahu bekerjasama.
"Jadi dalam hal ini, rakyat tertanya-tanya adakah yang 14,000 di luar pengurusan tertinggi itu sudah bersedia, kerana rakyat sudah memberikan sokongan. Jadi itu yang dipersoalkan oleh rakyat".
Dr Azmi merayu kepada para pekerja supaya mengubah sikap, di samping meninggalkan sikap kerja lama dan sikap yang tidak baik, sebaliknya mengambil sikap baharu dan tinggalkan sikap 'business as usual' (macam biasa sahaja).
Sebagai contoh, jika mereka disuruh bekerja di luar masa kerja sepatutnya mereka bekerja, sepatutnya tidak timbul dikatakan desas-desus, tidak timbul suara-suara sumbang dalam hal itu.
"Kerana, kalau kita lihat, satu syarikat yang berteraskan komersial, pengorbanan perlu dilakukan, dan salah satu pengorbanan yang paling mudah ialah kerja lebih masa. Dan kerja lebih masa ini sepatutnya diterima dengan hati terbuka," katanya.
Beliau berkata semua pekerja harus ingat bahawa sekiranya MAS tidak dapat dipulihkan, senario yang terburuk ialah semua kakitangan akan hilang pekerjaan.
"Bagi saya, kalau nak ditanyakan apakah kesan yang boleh meruntuhkan MAS, bukan faktor luaran tapi sebenarnya faktor dalaman yang boleh meruntuhkan apa yang telah direncanakan," katanya.
Bernama
Mon Sep 21 2015
Geostrategis Prof Dr Azmi Hassan berkata jika MAS gagal sekali lagi, tidak mungkin akan ada satu lagi usaha untuk menyelamatkannya.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Penting untuk Malaysia kekalkan pendekatan seimbang dalam hadapi ketegangan geopolitik serantau - Sarjana
Shamsul Amri menekankan kecenderungan sejarah Malaysia untuk mengamalkan sikap sederhana dalam hubungan antarabangsa, khususnya dalam ASEAN.
Konflik Iran-Israel: Beri penghargaan atas ketegasan Anwar - Geostrategis
Malaysia dilihat sebagai negara "kecil" yang berani menyatakan pendirian pada saat pemimpin negara lain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Penyelesaian krisis Myanmar mesti bermula dari Myanmar sendiri - Penganalisis
Penyelesaian kepada krisis itu mesti bermula dari Myanmar sendiri iaitu melalui gerakan kerajaan bayangan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG).
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding - Penganalisis Politik
Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding bagi memenuhi hasrat akar umbi yang mahu kepimpinan kini meneruskan perjuangan parti itu.
Vaksin: Kerajaan perlu laksana strategi mobilisasi komuniti
Strategi itu secara tidak langsung dapat memberi fokus kepada golongan yang masih ragu-ragu dan yang benar-benar mahukan vaksin.
Dominasi ahli politik veteran halang pemimpin muda daripada menyerlah?
Penganalisis politik, Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata fenomena dominasi 'kuda tua politik' ini berkait rapat dengan pengaruh elit politik dan bersifat paternalistik.
PRN Sabah medan uji 'kemesraan' Muafakat Nasional berdepan PRU15 - Penganalisis
PRN Sabah dijangka akan menjadi medan kedua bagi menguji kemesraan dan keutuhan Muafakat Nasional (MN) selepas cemerlang dalam PRK DUN Slim.
Enam tahun berlalu, kehilangan MH370 kekal misteri
Keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777 itu masih menanti pengakhiran episod tragis itu.
Zahid masih orang terbaik ketuai UMNO, kata penganalisis
Geostrategis Prof Madya Azmi Hassan berkata, Zahid mempunyai 'kekuatan mental' untuk terus mengetuai UMNO.
'Kerjasama UMNO-Pas bukan untuk Islam'
Kerjasama PAS dan UMNO harus melibatkan kepentingan semua kaum dan bukan berasaskan Melayu dan Islam sahaja sekiranya mahu menyaingi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.