awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelembapan ekonomi global pengaruhi prospek sektor pembuatan negara pada separuh kedua

Dagang News
Dagang News
02/09/2022
03:45 MYT
Kelembapan ekonomi global pengaruhi prospek sektor pembuatan negara pada separuh kedua
Guna tenaga pula berkurangan untuk bulan ketujuh berturut-turut, berikutan pengilang barangan tidak menggantikan pekerja lepasan sukarela. -Dagang News
KUALA LUMPUR: Keyakinan perniagaan terhadap sektor pembuatan Malaysia menurun sedikit pada Ogos apabila indeks Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Global S&P merosot kepada 50.3 (berbanding Julai, 50.6), terendah sejak Mei 2022.
Menurut MIDF Research, kemerosotan ini disebabkan pesanan eksport yang menurun pada kadar paling mendadak di tengah-tengah persekitaran ekonomi global yang sukar dan tahap pengeluaran berkurangan buat kali pertama dalam tiga bulan berturut-turut.
Katanya, guna tenaga pula berkurangan untuk bulan ketujuh berturut-turut, berikutan pengilang barangan tidak menggantikan pekerja lepasan sukarela, yang sering menggambarkan kekurangan buruh juga disebabkan oleh pertumbuhan yang lebih lemah.
"Bagaimanapun, sektor itu masih mengekalkan trajektori melebihi 50 mata didorong oleh inflasi harga input yang perlahan ke paras terendah sejak September 2021 disebabkan harga yang lebih rendah untuk pelbagai jenis input dan peningkatan berterusan bagi tempahan baharu.
"Kami menjangkakan pengeluaran dan jualan pembuatan tempatan kekal dalam laluan pengembangan pada separuh kedua ini disokong permintaan global yang stabil dan tekanan inflasi yang lebih perlahan," katanya dalam nota kajian hari ini.
S&P Global Market Intelligence berkata, angka terkini itu mencerminkan pengeluaran pembuatan dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mengalami kelembapan beransur-ansur menjelang akhir suku ketiga 2022 berikutan peningkatan yang berterusan sepanjang suku kedua tahun ini.
Semalam, Ketua Ahli Ekonomi Perniagaannya, Chris Williamson, dalam kenyataan berkata, sektor pembuatan Malaysia menunjukkan keadaan perniagaan lebih baik kali ke-10 pada Ogos, walaupun ternyata masih berdepan tekanan ekoran kekurangan bahan mentah dan buruh, kenaikan harga serta permintaan yang perlahan, terutamanya dari luar negara.
Sementara itu, Kenanga Research menjangkakan aktiviti pembuatan akan berkembang sederhana pada separuh kedua ini diheret turun oleh kelembapan ekonomi global.
Menurutnya, sektor pembuatan berkemungkinan kekal disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dalam keadaan pendapatan isi rumah yang bertambah baik, seperti dicerminkan dalam keadaan pasaran buruh yang bertambah baik.
"Namun begitu, persekitaran sektor masih kekal terdedah kepada risiko penurunan, terutamanya kekurangan tenaga kerja yang berterusan, ancaman peningkatan inflasi, kesan berpanjangan daripada dasar sifar COVID-19 di China, konflik Rusia-Ukraine dan krisis tenaga di Eropah.
"Mengambil kira faktor-faktor ini, kami mengekalkan unjuran KDNK tahun ini antara 5.5 hingga 6%," jelasnya. -DagangNews.com
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#MIDF Research
#S&P Global Market Intelligence
#sektor pembuatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan