Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Oktober 2025.
Pembantu Khas Presiden Amerika Syarikat Margo Martin memuat naik rakaman perjalanan Donald Trump ke media sosial dan memuji layanan Malaysia semasa ketibaan pemimpin itu.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memuji peranan penting Malaysia dalam memudahkan rundingan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja bagi memulihkan keamanan di sepanjang kawasan sempadan yang menjadi pertikaian.
Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (ATIGA) yang akan dipertingkatkan dalam sesi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 adalah satu langkah penting untuk ke hadapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kumpulan 'Himpunan Trump Tidak Diterima' di Dataran Merdeka menyuarakan penolakan terhadap kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang dianggap membawa dasar luar menindas dunia Islam dan negara dunia ketiga.
5. ASEAN25: ASEAN-AS akan terima pakai pernyataan visi bersama untuk perkukuh perkongsian - PM Anwar
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) akan menerima pakai Pernyataan Visi Bersama ASEAN-AS bagi mengukuhkan masa depan yang lebih kukuh, selamat dan makmur untuk kedua-dua rantau.
Malaysia komited kepada pembangunan segera sektor mineral penting dan unsur nadir bumi dengan kerjasama syarikat Amerika Syarikat (AS), termasuk memberikan lesen operasi lanjutan bagi mewujudkan kepastian untuk perniagaan meningkatkan kapasiti pengeluaran.
Satu pencapaian bersejarah! Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perjanjian untuk menaik taraf hubungan dua hala ke arah Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) sebagai pengiktirafan terhadap kerjasama strategik dan pelbagai dimensi yang semakin berkembang antara Putrajaya dan Washington.
Keadaan banjir di Perak, Kedah dan Pulau Pinang menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 2,937 orang setakat 8 malam , berbanding 3,523 orang petang Ahad.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebaliknya Malaysia turut memperoleh keuntungan dari segi akses pasaran yang lebih baik berbanding yang dipersetujui sebelum ini.
Malaysia kekal komited terhadap Pelan Damai Gaza termasuk memastikan laluan bantuan kemanusiaan tidak dihalang dan pembinaan semula wilayah dapat dilaksanakan segera demi keadilan rakyat Palestin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


