awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan bahan mentah punca harga kenderaan dijangka meningkat

Sinar Harian
Sinar Harian
11/05/2022
00:30 MYT
Kenaikan bahan mentah punca harga kenderaan dijangka meningkat
Aishah (gambar kecil) berkata, pengecualian cukai SST yang akan tamat pada akhir Jun ini juga akan memburukkan lagi keadaan kepada pembeli kenderaan. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Kenaikan harga bahan mentah di pasaran dan penurunan nilai ringgit dijangka akan menyebabkan harga kenderaan di Malaysia meningkat.
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, masalah kekurangan bekalan cip komputer yang dihadapi oleh pengimport negara luar turut memberi kesan kepada harga kenderaan di negara ini.
“Harga-harga logistik semua naik manakala harga wang kita pun menurun berbanding nilai matawang negara luar. Itu yang meningkatkan harga pembelian bahan-bahan mentah, cukai jualan dan alat ganti kenderaan.
“Bekalan cip komputer daripada luar negara pun tersangkut, sekarang ini pun susah nak dapat.
“Stok (bekalan cip) tidak mencukupi, jadi itu yang akan menyebabkan pengeluaran kereta terganggu,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Bagaimanapun, Aishah berkata, keputusan itu bergantung kepada pengeluar-pengeluar kenderaan tempatan sama ada menaikkan harga kenderaan atau menyerap semua kos yang ditanggung.
Selain itu, beliau berkata, pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan tamat pada akhir Jun ini juga akan memburukkan lagi keadaan kepada pembeli.
“Cukai jualan sekarang ini ada pengecualian 100 peratus untuk kereta penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan kenderaan penumpang pemasangan luar negara (CBU) sebanyak 50 peratus. Itu akan berakhir pada 30 Jun pada tahun ini.
“Kalau pengecualian cukai jualan itu tidak dilanjutkan, maka harga tersebut pembeli kena bayar,” ujarnya.
* Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#harga bahan mentah
#ringgit
#harga kenderaan
#Aishah Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan