KUALA LUMPUR: Peningkatan kadar inflasi merupakan satu fenomena global yang turut dialami kebanyakan negara lain akibat gangguan rantaian bekalan dan kos tenaga yang meningkat secara mendadak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini menyaksikan Malaysia mencatat kenaikan kadar inflasi sebanyak 3.2 peratus pada Disember 2021 berbanding tempoh sama pada 2020.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata kerajaan menyedari bahawa peningkatan tersebut telah memberi kesan kepada kos sara hidup Keluarga Malaysia, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah.
Berikutan itu, kerajaan telah dan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu inflasi dan kenaikan harga barang keperluan asas bagi meringankan beban rakyat.
"Ini termasuk peruntukan sebanyak RM31 bilion dalam bentuk subsidi di bawah Bajet 2022 seperti pemberian subsidi Petrol RON95 dan diesel serta minyak masak dan tepung.
"Di samping itu, peruntukan sebanyak RM200 juta disediakan untuk mengurangkan harga barang keperluan di kampung," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini mengenai Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia pada Disember 2021yang meningkat 3.2 peratus kepada 124.5 berbanding 120.6 dalam bulan sama pada 2020, berikutan kenaikan harga makanan dan bahan api.
Mustapa berkata kerajaan akan sentiasa memantau harga barangan terutama barang makanan dan mengambil langkah bagi mengelakkan kenaikan tidak munasabah, sekali gus mengurangkan beban rakyat secara keseluruhan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022
Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini menyaksikan Malaysia mencatat kenaikan kadar inflasi sebanyak 3.2 peratus pada Disember 2021 berbanding tempoh sama pada 2020. - Gambar fail/Jabatan Penerangan
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Kenaikan inflasi satu fenomena global akibat gangguan bekalan, kos tenaga - Mustapa
Peningkatan kadar inflasi merupakan satu fenomena global yang turut dialami kebanyakan negara lain akibat gangguan rantaian bekalan dan kos tenaga yang meningkat secara mendadak.