awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan OPR pacu ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
05/05/2023
03:30 MYT
Kenaikan OPR pacu ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4350/4400 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, didorong oleh kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3.00 peratus.
Bagaimanapun gandingan ringgit-dolar diunjur diniagakan dalam jajaran kecil berikutan sentimen mengelak risiko yang membawa kepada peningkatan permintaan terhadap dolar AS.
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4350/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4525/4580 pada akhir urus niaga Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen mengelak risiko tidak ketara di pasaran pada masa ini.
Beliau juga menyifatkan tindakan di luar jangka Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan OPR turut membantu memacu pergerakan ringgit.
"Namun, ketika kita mengunjurkan BNM akan menghentikan kitaran semakan semula OPR ini, impak atau limpahan daripada langkah itu seakan terhad.
"Bersandarkan keadaan itu, ringgit dijangka kekal bertahan ketika penggiat pasaran turut menjangkakan kemungkinan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) menghentikan sementara kenaikan kadar faedah serta prospek pertumbuhan global yang lemah," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, data utama AS seperti penggajian bukan perladangan akan menjadi tumpuan malam ini ketika pihak Fed seakan mengakui aliran lebih lemah dalam pasaran tenaga kerja negara itu.
Selain itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan itu susut berbanding yen Jepun kepada 3.3067/3110 daripada 3.2833/2876; turun berbanding pound Britain pada 5.5814/5877 berbanding 5.5727/5796 sebelum ini dan rendah berbanding euro kepada 4.8896/8951 daripada 4.9156/9216.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asia.
Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.00/8.03 daripada 8.04/8.05; mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 301.9/302.4 daripada 303.3/303.5 namun rendah berbanding dolar Singapura pada 3.3426/3469 daripada 3.3420/3463 dan merosot berbanding baht Thailand kepada 13.1298/1497 daripada 13.0817/1037.
Pasaran ditutup pada Khamis bersempena cuti Hari Wesak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OPR
#ringgit
#dolar AS
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan