awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan penstrukturan Malaysia Airlines 10 Februari

Najib Aroff
Najib Aroff
06/02/2021
09:44 MYT
Keputusan penstrukturan Malaysia Airlines 10 Februari
MAG menjangkakan proses mahkamah dan penstrukturan akan dimuktamadkan menjelang akhir Mac 2021. - Foto Bernama
Kuala Lumpur:Pemajak pesawat milik Malaysia Airlines akan mengundi pada Rabu depan bagi menentukan sama ada skim penstrukturan syarikat itu boleh dijalankan atau sebaliknya, kata syarikat induk Malaysia Aviation Group (MAG) seperti dipetik Reuters.
Pemajak pesawat merupakan antara 40 pemberi pinjaman kepada Malaysia Airlines melibatkan nilai RM16 bilion.
Malaysia Airlines memerlukan kelulusan pemberi pinjaman untuk meneruskan penstrukturan tersebut yang mana pemajak pesawat merangkumi 75 peratus hutang syarikat.
Penstrukturan itu merupakan langkah penting buat Malaysia Airlines yang kini berdepan tekanan kewangan akibat kos operasi tinggi, tenaga kerja besar selain kesan sekatan perjalanan akibat COVID-19.
MAG yang mengesahkan tarikh undian tersebut, berdasarkan laporan The Edge Weekly, berkata pemberi pinjaman telah dibahagikan kepada tujuh kelas dan syarikat hanya membawa kumpulan pemajak pesawat ke mahkamah di Britain untuk tujuan persetujuan penstrukturan.
Pada Januari, MAG berkata ia telah menerima kebenaran mahkamah untuk meneruskan mensyuarat tersebut, yang mana keputusan akan dilaporkan kepada mahkamah pada sesi pendengaran 22 Februari ini.
Malaysia Airlines juga berharap akan dapat mencapai persetujuan bersama kelas pemberi pinjaman lain seperti pembiayaan pesawat dan pengeluar pesawat seperti Boeing dan Airbus sebelum prosiding mahkamah dirumuskan.
MAG menjangkakan proses mahkamah dan penstrukturan akan dimuktamadkan menjelang akhir Mac 2021.
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#Boeing
#Airbus
#COVID-19
#MAG
#Malaysia Aviation Group
#penstrukturan syarikat
#pemajak pesawat
#pemberi pinjaman
#mahkamah UK
#mahkamah Britain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan