KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan peralihan tenaga yang adil untuk menarik pelaburan berkualiti dan melabur dalam tenaga kerja masa hadapan, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi Datuk Yatimah Sarjiman.
Bagaimanapun, beliau berkata, usaha ini tidak dapat dilakukan tanpa kerjasama dan sokongan daripada sektor swasta.
"Kita ingin memupuk ekosistem yang menggalakkan penyelidikan, inovasi dan pelaburan dalam teknologi tenaga bersih untuk wujud bersama-sama secara harmoni dengan sumber konvensional kita, yang hanya boleh dilakukan menerusi sokongan padu daripada sektor swasta.
"Dengan bekerjasama, kita boleh menangani sebarang cabaran dan membuka laluan baharu pertumbuhan," katanya dalam ucapan perasmian beliau pada persidangan dan pameran Minyak dan Gas Asia 2023 (OGA 2023) di sini pada Rabu.
Yatimah memberi jaminan bahawa kerajaan komited untuk menyokong industri tenaga sebagai sektor kritikal kerana ia kekal sebagai tonggak penting bagi pembangunan ekonomi Malaysia.
Beliau berkata pelan kemampanan yang berkaitan dengan industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) juga akan dirumuskan untuk melaksana pelarasan struktur dan penjajaran semula OGSE dalam era peralihan tenaga.
Menjelang 2030, industri OGSE dianggar memerlukan kira-kira 60,000 tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memastikan kemampanan dan keupayaannya untuk menyumbang secara positif kepada industri minyak dan gas Malaysia.
"Sehubungan itu, inisiatif pembangunan tenaga kerja OGSE telah mempromosikan peluang pekerjaan dan pembinaan kapasiti OGSE untuk membantu peningkatan kemahiran dan pensijilan tenaga kerja selaras dengan keperluan industri," kata Yatimah.
Ketika Malaysia bergerak ke arah rantaian nilai peralihan tenaga dan menyasar untuk menarik pelaburan langsung asing yang berkualiti, beliau menegaskan bahawa adalah sama penting juga untuk menyediakan tenaga kerja masa depan kerana industri minyak dan gas adalah antara industri yang menggunakan analisis data canggih, robotik serta kecerdasan buatan (AI).
"Oleh itu, kerajaan juga peka tentang keperluan untuk terus melabur dalam membangunkan tenaga kerja mahir tempatan. Kerajaan kita komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti, latihan vokasional dan program peningkatan kemahiran untuk melengkapkan rakyat dengan kepakaran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam landskap tenaga yang sentiasa berkembang," katanya.
OGA 2023 edisi ke-19 berlangsung dari 13-15 Sept, 2023.
Acara persidangan dan pameran itu disertai 2,000 syarikat tempatan dan asing, tujuh pavilion antarabangsa dari Korea Selatan, Jerman, Singapura, United Kingdom, China, Itali dan Amerika Syarikat serta dikunjungi lebih 25,000 pengunjung dari lebih 60 negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023
Yatimah memberi jaminan bahawa kerajaan komited untuk menyokong industri tenaga sebagai sektor kritikal kerana ia kekal sebagai tonggak penting bagi pembangunan ekonomi Malaysia. - Foto Facebook/Yatimah Sarjiman
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Hamas dijangka bertindak balas terhadap cadangan genjatan senjata berperingkat terbaharu Israel yang disampaikan pada Sabtu lalu.
14 rumah terjejas ribut landa Kuala Muda
Antara kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Teluk Wang Besar, Kampung Teluk Wang Kechil, Kampung Bukit dan Kampung Masjid.
Manfaatkan teknologi AI dalam sektor pendidikan
Perbincangan diperlukan mengenai cara-cara untuk mengintegrasikan AI ke dalam sistem pendidikan secara berkesan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Afiezy Azaman;
IPR: Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Waspada ejen nikah Siam
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program – Fadhlina
IPR: Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Waspada ejen nikah Siam
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program – Fadhlina
TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Ramasamy perlu bertanggungjawab jika pengundi pilih pemimpin tidak tepat - Ramanan
Jika kempen tolak undi PH itu berjaya, Ramasamy perlu berdepan penduduk Kuala Kubu Baharu sekiranya timbul masalah pada masa hadapan.
Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Kerajaan akan pastikan peralihan tenaga adil untuk tarik pelaburan
Kerajaan akan memastikan peralihan tenaga yang adil untuk menarik pelaburan berkualiti dan melabur dalam tenaga kerja masa hadapan.