awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan tambah baik dasar, tingkatkan pertumbuhan gaji - Laporan

Bernama
Bernama
13/10/2023
16:26 MYT
Kerajaan akan tambah baik dasar, tingkatkan pertumbuhan gaji - Laporan
Laporan itu menyebut kejayaan pelaksanaan kerangka Ekonomi MADANI akan meletakkan semula Malaysia sebagai ekonomi terpenting di Asia sekali gus mengembalikan maruah dan kegemilangan negara. - Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah baik dasar untuk meningkatkan pertumbuhan gaji termasuk mengkaji semula gaji minimum dan undang-undang berkaitan bagi menyediakan persekitaran kerja lebih baik serta meneroka pelaksanaan model gaji progresif.
Menurut Tinjauan Ekonomi 2024 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan pada Jumaat, langkah itu bertujuan meningkatkan jumlah peratusan upah pekerja kepada 45 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) agar setanding dengan negara maju.
"Selain itu, kerajaan akan melaksanakan levi pelbagai peringkat bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah di samping menggalakan automasi," menurut laporan itu.
Langkah itu merupakan antara strategi dalam dua teras yang digariskan kerangka Ekonomi MADANI iaitu 'Malaysia: peneraju ekonomi Asia' dan 'Meningkatkan kualiti hidup rakyat' bagi mencapai matlamat membina negara yang lebih baik.
Laporan itu memaklumkan strategi yang akan dilaksanakan kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat, adalah dengan memberikan peluang pekerjaan dengan gaji bermakna, kesaksamaan peluang; perlindungan sosial untuk semua; pembaharuan perkhidmatan penjagaan kesihatan; pembaharuan pendidikan dan sumber manusia; infrastruktur dan pengangkutan awam; kemudahan asas dan perumahan mampu milik.
Inisiatif utama bagi meletakkan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dalam kerangka berkenaan pula adalah melalui agenda serantau (ASEAN); mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama dan mengantarabangsakan syarikat pemula tempatan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Menurut laporan itu, kerajaan juga akan bekerjasama dengan pemain industri kewangan Islam; mempercepat peralihan tenaga dan menilai semula pendekatan ke arah penggunaan tanah untuk mengimbangi antara keperluan pembangunan, pertanian dan pemuliharaan.
Kerangka Ekonomi MADANI menetapkan langkah jangka masa pendek bertujuan menangani isu mendesak yang memberikan kesan langsung kepada rakyat dan ekonomi manakala langkah jangka masa sederhana lebih tertumpu kepada peningkatan pencapaian negara dalam pelbagai aspek.
Laporan itu menyebut kejayaan pelaksanaan kerangka Ekonomi MADANI akan meletakkan semula Malaysia sebagai ekonomi terpenting di Asia sekali gus mengembalikan maruah dan kegemilangan negara.
Pendekatan menyeluruh kerangka itu dijangka dapat mendukung semangat perpaduan dan tatakelolala yang baik, disokong oleh sistem penyampaian cekap serta kolaboratif bagi memacu pertumbuhan ekonomi.
"Kerangka yang berpaksikan kepada 'menaikkan siling' dan 'menaikkan lantai' bertujuan untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi negara serta memperluas keterangkuman dalam pengagihan kekayaan, seterusnya menambah baik taraf hidup rakyat," menurut laporan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDNK
#pekerja asing
#pelaburan
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan