Kerajaan akan memberi tumpuan yang lebih kepada ekonomi negara tahun ini berikutan beberapa cabaran ketika ini khususnya kejatuhan harga minyak mentah dunia yang akan memberi kesan terhadap kos sara hidup, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata apabila pendapatan negara melalui hasil minyak merudum dengan ketara lebih daripada RM30 bilion, maka pendapatan melalui sumber lain perlu ditingkatkan untuk menampung kekurangan tersebut.
"Fenomena ini memang pahit bagi negara namun, secara tidak langsung sektor awam dan swasta terdorong untuk menilai semula tahap kecekapan perjalanan dan operasi syarikat dan sumbangan daripada para pekerja.
"Kita perlu menjalankan usaha-usaha yang lebih kreatif dan inovatif untuk mengoptimumkan kos tadbir urus serta memaksimumkan produktiviti. Dengan ini, hasil entiti awam dan swasta dapat dipertingkatkan lagi," katanya dalam catatan dalam blog beliau NajibRazak.com hari ini.
Beliau berkata kesan daripada itu, pendapatan negara turut bertambah dan ia sedikit sebanyak dapat menampung kekurangan pendapatan daripada kemerosotan hasil minyak.
"Peningkatan kadar pendapatan melebihi kadar inflasi, maka akan berkuranganlah beban kos sara hidup yang dirasai. Jadi, marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan kita sepanjang tahun 2016 ini," katanya.
Dalam pada itu, Najib meminta rakyat supaya tidak mudah mempercayai tuduhan yang bermotifkan politik mengenai keadaan ekonomi negara.
"Kita perlu faham bahawa ketidaktentuan ekonomi negara adalah bukan dalam kawalan kita. Jadi, janganlah kita mudah mempercayai tuduhan yang bermotifkan politik yang cuba menyembunyikan hakikat ini," kata beliau.
Bernama
Fri Jan 15 2016
Kelihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat bersama peneraju industri di Bangunan Perdana Putra hari ini. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar. - Foto Bernama
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.