Kerajaan Indonesia telah membayangkan bahawa ia akan memberikan kelulusan rasmi kepada pengendali telekomunikasi Malaysia, Axiata Group Bhd, untuk memiliki kepentingan dalam PT Axis Telekom Indonesia, dalam tahun ini.
Kementerian Komunikasi dan Informatika telah memberikan kelulusan awal bagi pembelian Axis, yang majoriti kepentingannya dimiliki oleh Saudi Telecom Co dan Axiata Group menerusi unitnya di Indonesia, PT XL Axiata -- pengendali mudah alih ketiga terbesar di Indonesia.
"Pada prinsipnya, saya telah meluluskan rancangan (pembelian) yang melibatkan XL Axiata dan Axis itu," kata Menteri Komunikasi dan Informatika, Tifatul Sembiring, seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris, The Jakarta Post, hari ini.
Bagaimanapun, Tifatul menegaskan bahawa beliau akan memberikan kelulusan rasmi selepas Pihak Berkuasa Kawal Selia Telekomunikasi Indonesia dan Direktorat Jenderal Perangkat Pos dan Informatik kementerian itu mengemukakan penilaian bersama tentang kesahihan pembelian itu.
"Saya akan dapat berikan kelulusan rasmi saya sebelum akhir tahun, kerana mereka akan menyerahkan penilaian mereka sekitar Ogos," katanya.
Menteri itu berkata pembelian Axis oleh XL Axiata akan membantu mewujudkan persaingan saksama dalam kalangan pengendali kerana pasaran terlalu sesak dengan 14 pengendali.
Ini, katanya, telah mengakibatkan persaingan yang tidak sihat kerana tiga pengendali terunggul mengaut 92 peratus pendapatan industri.
PT Telekomunikasi Selular, PT Indosat dan XL Axiata secara tergabung menguasai hampir 70 peratus agihan pasaran, demikian menurut penyelidikan oleh Frost & Sullivan.
Sebelum ini, pengendali-pengendali itu terbabit dalam perang harga untuk menarik pelanggan dan terpaksa mengemukakan bida bagi blok frekuensi yang dilelong oleh kementerian.
Akhbar itu melaporkan bahawa rancangan XL Axiata untuk membeli Axis akan juga memaksa Axis mengembalikan blok frekuensinya kepada kementerian -- bukan secara automatik menggabungkannya dengan blok frekuensi XL Axiata -- seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, yang melarang pengendali daripada menyerahkan blok yang diperuntukkan kepadanya kepada pengendali lain.
Namun demikian, kementerian itu sedang membahaskan sama ada blok yang dikembalikan itu kemudiannya harus diserahkan semula kepada entiti selepas pembelian atau dilelongkan.
Bernama
Wed Aug 14 2013
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.