Skip to main content

Malaysia

Selamat Tahun Baharu Chithirai, Hari Vaisakhi dan Vishu, PM Anwar seru terus pelihara perpaduan

Hari Vaisakhi
Anwar berharap semoga tahun baharu itu membawa kebahagiaan yang menenangkan jiwa, kesihatan berpanjangan serta keberkatan melimpah kepada mereka yang menyambutnya. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Chithirai, Hari Vaisakhi dan Vishu kepada seluruh masyarakat Tamil, Sikh dan Malayalee di negara ini. 

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Anwar berharap semoga tahun baharu itu membawa kebahagiaan yang menenangkan jiwa, kesihatan berpanjangan serta keberkatan melimpah kepada mereka yang menyambutnya. 

Advertisement

“Dalam semangat ini, marilah kita terus memelihara perpaduan dengan penuh keinsafan dan tanggungjawab agar Malaysia kekal teguh sebagai sebuah negara yang makmur dan harmoni.

“Kepelbagaian yang kita warisi ini adalah asas yang menyatukan kita dalam satu ikatan kebersamaan dengan semangat saling menghormati, saling memahami dan saling memperkukuh,” menurut catatan itu. 

Tahun Baharu Tamil ialah hari pertama dalam tahun mengikut kalendar Tamil sementara Hari Vaisakhi menandakan permulaan musim menuai menurut kalendar masyarakat Sikh dan Punjabi yang diraikan hari ini.

Sementara Hari Vishu yang diraikan esok oleh masyarakat Malayalee, menandakan permulaan tahun kalendar Malayalam serta melambangkan pembaharuan dan kemakmuran.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video