Kerajaan Kedah perlu memberi penjelasan mengenai kerugian dialami syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri seperti dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau berkata segala ketirisan dan kerugian yang dilaporkan itu tidak boleh ditutup kerana ia melibatkan jumlah yang sangat besar.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis anugerah cemerlang dan penyampaian sijil kanak-kanak Tabika Kemas dan Taska Permata peringkat Parlimen Alor Setar di sini, semalam, Ahmad Bashah berkata perkara tersebut menjadi isu kerana banyak lagi projek kerajaan negeri juga mengalami kerugian.
Katanya, ini khusus bagi sebuah syarikat yang dibenarkan membuat pinjaman besar untuk menjalankan perniagaan di Papua New Guinea.
"Segala kepincangan ini (seperti dalam laporan audit) mesti diberi penjelasan. Kita mahu kerajaan negeri mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu dan pegurusan syarikat terlibat dan janganlah berdiam diri," katanya.
"Selama ini mereka menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) berbelanja boros tapi hari ini ternyata mereka sebenarnya yang boros sehingga melibatkan kerugian yang besar.
"Saya percaya rakyat akan menghukum kerajaan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang tetapi sebelum itu kita akan bawa isu kerugian GLC ini ke persidangan Dewan Undangan Negeri pada 20 Nov ini," katanya.
Ahmad Bashah berkata beliau dimaklumkan kerajaan negeri menyalahkan pegawai tadbir negeri (KCS) dalam isu projek perumahan yang rugi seperti dinyatakan dalam laporan Audit Negara.
"Kalau betul pegawai yang bersalah hendaklah diambil tindakan, tetapi Menteri Besar dan kerajaan negeri yang berkuasa mesti bertanggungjawab atas segala kelemahan dan jangan menuding jari kepada orang lain," katanya.
Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini mendedahkan tentang pelaburan projek balak di Papua New Guinea yang merugikan membabitkan syarikat berkenaan meminjam RM135 juta daripada bank, manakala projek penyelenggaraan perumahan awam kos rendah dilaporkan mengeluarkan kontrak dan membuat pembayaran yang meragukan.
Roshdi Lidun
Mon Oct 22 2012
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.
Fokus Minggu Depan: Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Lelaki rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang lelaki berputih mata apabila wangnya berjumlah RM13,460 lesap setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja.
Misi ditangguh, delegasi Malaysia berlepas pulang
Delegasi Malaysia dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza akan berlepas pulang malam ini.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Mahmoud Abbas menyeru semua negara iktiraf Palestin
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyeru semua negara untuk mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka serta mengiktiraf ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau diberi peluang berucap di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi hari ini.
Mesyuarat Khas WEF: Rangkuman hari pertama, tiga kayu ukur ekonomi perlu ada
Jurang pemulihan ekonomi menjadi modal mula mesyuarat khas World Economic Forum di Riyadh.
Bagi Malaysia, kelebihan asean di ketengahkan, manakala negara maju mahu keadaan ekonomi yang lebih sekata.
Persoalan besar adalah bagaimana titik keseimbangan dapat dicapai?
Najib Aroff bawakan laporan.
Bagi Malaysia, kelebihan asean di ketengahkan, manakala negara maju mahu keadaan ekonomi yang lebih sekata.
Persoalan besar adalah bagaimana titik keseimbangan dapat dicapai?
Najib Aroff bawakan laporan.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
P.Pinang kerjasama dengan Persekutuan teruskan usaha tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Akta baharu berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini sekali gus meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di seluruh negara, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Pelaburan baharu memberi cabaran baharu kepada Malaysia
Pelaburan baharu yang diterima Malaysia memberi cabaran baharu khususnya dalam memberi fokus dalam bidang teknologi dan juga Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
LTAT tarik balik saman terhadap Rafizi
Peguam, Saiful Izham Ramli yang mewakili Rafizi selaku defendan berkata, persetujuan itu direkodkan oleh pihak-pihak di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim semalam.
Terima BR1M lebih sekali, 4,771 penerima disenarai hitam
Sejumlah 72.5 peratus daripada 6,577 penerima telah membuat penunaian lebih daripada sekali bagi tempoh 2012 hingga tahun lalu.
Audit: Projek Kompleks Pakar HKL lewat kerana masalah elektrik, kebakaran
Projek pembinaan SCACC HKL lewat disiapkan kerana masalah bekalan elektrik dan kes kebakaran, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014.
Kelantan tidak wartakan kadar premium sebenar dalam pengurusan balak - Audit
Kelemahan penguatkuasaan JPNK menjadi sebab berlakunya isu seperti tidak mewartakan kadar premium selain beberapa aktiviti penebangan haram.
Audit telus, bebas dan menyeluruh penting untuk bersihkan imej 1MDB - Muhyiddin
Audit forensik perlu dilaksanakan untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga 1MDB bagi memulihkan reputasi dan mengembalikan keyakinan pelabur.