awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Solusi Dua Negara: Palestin tidak akan serahkan hak, Israel tidak mahu lepaskan tanah dijajah - Penganalisis
SUKAN
Isu penagihan dadah jenis ATS dalam perhatian Kabinet - Hannah Yeoh
MALAYSIA
JKR Kelantan laksana kajian pembaikan cerun runtuh LRA Bukit Merah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Insiden letupan gas Putra Heights: Siasatan dilakukan dengan bebas dan telus - MB Selangor

Bernama
Bernama
03/07/2025
07:15 MYT
Insiden letupan gas Putra Heights: Siasatan dilakukan dengan bebas dan telus - MB Selangor
Amirudin (tengah) bercakap kepada media pada Majlis Perasmian Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor 2035 (Penggantian) hari ini. - Foto Bernama
CYBERJAYA: Siasatan berhubung kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas dilakukan dengan penuh bebas serta telus tanpa campur tangan Kerajaan Negeri Selangor, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Ringkasan AI
  • Menteri Besar Selangor menegaskan siasatan kebakaran paip gas di Putra Heights dijalankan tanpa campur tangan kerajaan negeri, yang hanya bertindak sebagai salah satu daripada 212 saksi.
  • Polis mengklasifikasikan kes sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) selepas siasatan tidak menemui unsur kecuaian atau sabotaj.
  • Insiden 1 April itu menyebabkan 81 rumah musnah sepenuhnya, 81 separa musnah, dan 57 lagi terkesan tanpa terbakar, manakala 218 rumah tidak terjejas.

Beliau berkata Kerajaan Negeri Selangor tidak terlibat secara langsung, sebaliknya hanya bertindak sebagai satu daripada 212 saksi dalam siasatan insiden berkenaan.
Amirudin berkata fokus ketika ini adalah supaya Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan meneliti laporan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights dan mencadangkan langkah tertentu kepada kerajaan negeri.
"Realitinya, (siasatan) dilakukan dengan penuh bebas tanpa ada campur tangan kerajaan negeri. Jadi, (jika) ada satu pihak yang mempertikaikan, tidak semestinya kita anggap itu sebagai laporan yang tidak betul," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam, Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor 2035 (Penggantian) di sini hari ini.
Amirudin berkata laporan penuh siasatan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights itu akan dibuka untuk semakan umum selepas mendapat kebenaran pihak bertanggungjawab.
"Siasatan itu akan saya awamkan nanti selepas mendapat kebenaran dan mereka (mana-mana pihak) boleh semak dan kenal pasti pihak yang bertanggungjawab dan (dalam laporan), di situ ada gambaran pihak yang bertanggungjawab ataupun penjelasan.
"Kita tidak bolehlah anggap semua benda ini (kononnya) ada orang yang mengganggunya. Persepsi (sebegitu) tidak boleh kerana perlu dibuktikan secara tepat dan dibuktikan secara saintifik," katanya.
Beliau berkata pihaknya memberikan ruang sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan termasuk memanggil saksi seperti pemaju, pengawal keselamatan dan pengendali jengkaut.
"(Ketika ini) siasatan pihak polis tidak mendapati sebarang kecuaian dan tindakan-tindakan khianat," katanya.
Amirudin sebelum ini berkata Selangor akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi meneliti laporan berhubung kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 April, dan merangka langkah jangka panjang, di samping mencadangkan peraturan-peraturan baharu dan langkah pencegahan bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.
Semalam, Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru (KKSB) tidak berpuas hati dengan klasifikasi Tiada Tindakan Lanjut (NFA) bagi insiden letupan paip gas di Putra Heights dan mendesak siasatan disemak semula.
Polis mengklasifikasikan insiden letupan saluran gas di Putra Heights sebagai NFA susulan hasil siasatan jenayah yang tidak menemukan sebarang unsur kecuaian atau khianat.
Insiden kebakaran itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan, tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#Amirudin Shari
#siasatan bebas dan telus
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami