awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan meterai perjanjian bersama empat penyedia perkhidmatan awan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
09/05/2022
04:10 MYT
Kerajaan meterai perjanjian bersama empat penyedia perkhidmatan awan
Perdana Menteri (tengah) menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Cloud Framework Agreemnet (CFA) di Putrajaya hari ini. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyaksikan pemeteraian Cloud Framework Agreement (CFA) antara Kerajaan Persekutuan dan empat penyedia perkhidmatan awan (CSP).
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Urusan Malaysia (MAMPU), empat CSP terbabit ialah Telekom Malaysia Bhd, Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd, Amazon Web Services Malaysia Sdn Bhd, dan Google Cloud Malaysia Sdn Bhd.
MAMPU berkata, CFA merupakan salah satu teras utama bagi memacu transformasi digital sektor awam, seperti yang terkandung dalam Pelan Induk (Blueprint) Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital).
“Perkhidmatan ini dijangka berupaya mengoptimumkan sumber kerajaan dan mobiliti bekerja dalam persekitaran digital bagi membolehkan proses kerja dan urus niaga tanpa kertas yang lebih berkesan secara End-to-End.
“Bagi memastikan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan dapat dimanfaatkan oleh seluruh agensi Sektor Awam, kerajaan telah mengambil langkah strategik dengan menaiktaraf perkhidmatan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) kepada Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam, yang dikenali sebagai MyGovCloud,” katanya lagi.
MAMPU berkata, Perkhidmatan di MyGovCloud berfungsi secara hibrid dengan menggabungkan perkhidmatan Private Cloud di PDSA dan Public Cloud oleh Cloud Service Provider (CSP) yang dilantik Kerajaan.
Melalui majlis tersebut, Ketua Pengarah MAMPU Datuk Seri Yusof Ismail, telah bertukar dokumen perjanjian dengan wakil dari empat anak syarikat CSP yang terlibat, iaitu Radmik Solutions Sdn Bhd di bawah Amazon, Cloud Connect Sdn Bhd (TM), Enfrasys Solutions Sdn Bhd (Microsoft), dan Awantec System Sdn Bhd (Google).
Selain Perdana Menteri, yang turut menyaksikan pertukaran dokumen itu ialah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, serta pegawai kanan kerajaan.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#perkhidmatan awan
#cfa
#persekitaran digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan