Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata kerajaan negeri berhasrat melihat lebih banyak pelaburan dari Singapura di Sarawak pada masa akan datang.
Beliau berkata ekonomi Sarawak telah membangun dan berkembang menjadikan ekonominya kukuh dan ketiga terbesar di Malaysia.
Menurut beliau, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak dan Sabah akan menjadi perangsang dalam menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan di negeri ini kerana merentasi negeri ini terutama kawasan luar bandar.
"Saya percaya bahawa projek ini akan membantu Sarawak menjadi tempat yang kompetitif untuk menjalankan perniagaan di negara ini dan sudah pastinya kami mahu melihat lebih banyak pelaburan Singapura di Sarawak pada masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis makan malam sempena Sukan Perkhidmatan Awam Malaysia-Singapura ke-38 dan Program Seminar Bersama ke-7 untuk Pemimpin Sektor Awam Malaysia dan Singapura 2015 di sini, malam tadi.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Perkhidmatan Awam Singapura Tan Sri Peter Ong, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.
Adenan berkata sebagai jiran yang saling bergantung antara satu dengan yang lain, usaha berterusan dilakukan bagi memastikan hubungan yang terjalin sentiasa terpelihara dan diperkukuh.
Ujarnya kehadiran para pegawai Singapura pada sukan dan seminar tahun ini yang julung kali diadakan di luar Kuala Lumpur dan Singapura merupakan pengiktirafan kepada usaha membina hubungan dua hala yang harmoni, berpanjangan dan memberi manfaat bersama.
"Kita kadang-kadang memiliki perbezaan pendapat tetapi hubungan kerjasama dua hala yang kuat antara kedua-dua negara sentiasa menjadi objektif utama tetapi saya percaya kita mempunyai banyak persamaan berbanding perbezaan," katanya.
Adenan berkata Sarawak telah memasuki pelbagai kerjasama dengan Singapura dalam bidang perniagaan, pelaburan dan Sarawak mengalu-alukan kerjasama pada masa akan datang.
Beliau berharap sukan dan seminar yang diadakan di negeri ini menjadi sebahagian daripada program yang menjadi platform kepada idea dan prinsip bersama demi manfaat Malaysia dan Singapura
Bernama
Sun Oct 18 2015
Adenan berkata ekonomi Sarawak telah membangun dan berkembang menjadikan ekonominya kukuh dan ketiga terbesar di Malaysia. - Gambar Fail
Menteri Pertahanan Malaysia, Indonesia bincang keselamatan, kesiapsiagaan masa depan serantau
Pertemuan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Prabowo Subianto hari ini membincangkan pelbagai isu termasuk cabaran keselamatan dan mempromosi kestabilan di rantau Asia Tenggara.
PM Anwar, Menteri Ekonomi Indonesia sepakat dorong ASEAN-GCC jadi kekuatan ekonomi baharu
Anwar dan Airlangga Hartarto percaya dialog strategik ASEAN-GCC di WEF penting sebagai momentum dalam mengukuhkan kerjasama ASEAN dan GCC, khususnya bagi perdagangan dan pelaburan.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
Persidangan Ulama Sedunia fokus peranan pemimpin agama memelihara keamanan - Mohd Na'im
Persidangan itu akan menjadi wadah bagi membincangkan peranan pemimpin agama dunia dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan sejagat.
AWANI 7:45 [30/04/2024] – SPRM ambil keterangan MB Perlis | Buru tanpa kompromi | PM minta negara Arab tegas
- SPRM ambil keterangan MB Perlis, kes salah guna kuasa
- Siapa yang culas bayar cukai akan diburu, termasuklah wakil rakyat
- PM seru semua negara Arab tegas isu Palestin
- Amukan lelaki berpedang di London, lima kena tikam
- Siapa yang culas bayar cukai akan diburu, termasuklah wakil rakyat
- PM seru semua negara Arab tegas isu Palestin
- Amukan lelaki berpedang di London, lima kena tikam
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes jenayah seksual direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
‘Saya berdoa agar tuhan satukan kami'
Kelahirannya di dunia disambut tanpa pelukan erat kedua orang tuanya. Kezaliman berterusan tentera rejim Zionis sekaligus mengubah takdir hidup bayi Palestin yang diberi nama Yehia Hamuda ini. Malah dia yang belum mengenal erti dunia, kini dilindungi di Hospital Al-Emirati di Rafah.
AWANI Ringkas: Culan bayar cukai LHDN | Penjenamaan semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kontrak Projek Central Spine Road bernilai RM232 juta diberi kepada Nepturis - Saksi
Berkenaan projek-projek di bawah program Jana Wibawa, Mohamed Fauzi memaklumkan pihak KKR tidak menentukan sebarang projek untuk dimasukkan ke dalam program berkenaan.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.