awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pergiat usaha promosi produk berasaskan sawit di pasaran antarabangsa

Bernama
Bernama
16/02/2023
20:20 MYT
Kerajaan pergiat usaha promosi produk berasaskan sawit di pasaran antarabangsa
MPOC kini sedang giat mempromosikan produk berasaskan sawit dan aktiviti pemasaran sawit di pasaran antarabangsa bagi meningkatkan pengiktirafan serta permintaan minyak sawit dan produk sawit keluaran Malaysia. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) kini sedang giat mempromosikan produk berasaskan sawit dan aktiviti pemasaran sawit di pasaran antarabangsa bagi meningkatkan pengiktirafan serta permintaan minyak sawit dan produk sawit keluaran Malaysia.
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berkata, ini termasuklah misi-misi promosi dan teknikal yang melibatkan kementerian serta agensi-agensi di bawahnya, serta melalui pelbagai forum dan persidangan yang dianjurkan MPOC di peringkat antarabangsa.
"Kementerian dan agensi juga turut terlibat dengan rundingan perjanjian perdagangan bebas bersifat dua hala, pelbagai hala dan serantau bagi menambah akses pasaran, seterusnya meningkatkan penggunaan minyak sawit dalam kalangan pengguna di negara-negara pengimport.
"Malaysia dan Indonesia menerusi Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) berusaha memantapkan lagi amalan persekitaran mampan, pengurusan bekalan, aktiviti promosi dan pembangunan pekebun-pekebun kecil," kata kementerian itu dalam jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.
Ia bagi menjawab soalan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) mengenai libat urus kerajaan dan industri untuk menaikkan harga kelapa sawit dan menurunkan harga barang keperluan yang berasaskan sawit.
Mengulat selanjutnya, kementerian itu berkata kerajaan turut peka dalam memastikan isu peningkatan harga barang-barang keperluan ditangani dengan berkesan.
Menerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, KPK dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Kementerian Kewangan sedang memperhalusi cadangan pelaksanaan mekanisme kawalan harga minyak masak untuk pasaran domestik.
"Ini adalah sebagai alternatif kepada mekanisme harga siling bergerak untuk minyak masak kemasan botol yang sedang dilaksanakan pada ketika ini.
"Oleh itu, KPK telah mengambil pendekatan untuk mempertimbang cadangan mekanisme kawalan harga minyak masak menggunakan penjimatan daripada subsidi minyak masak polibeg di bawah Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minyak sawit
#MPOC
#pemasaran sawit
#pasaran antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan