Kerajaan Sabah mengalu-alukan pengembangan perniagaan McDonald's Malaysia di Sabah yang akan melabur RM25 juta bagi pembukaan cawangan baharu di negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata langkah syarikat itu akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Sabah dan ke arah kesejahteraan rakyat adalah nilai tambah cukup bertepatan dengan aspirasi kerajaan.
"Saya berharap rakyat di negeri ini akan dapat membantu menyuburkan perniagaan seumpama ini kerana pulangannya bukan setakat kepada keuntungan syarikat malahan kepada masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Outlet McD Semporna sekali gus menyempurnakan program penyerahan zakat, program kembali ke se kolah serta program Skim Latihan Dalam Industri McD di sini, hari ini.
Dalam pada itu, katanya kerajaan negeri turut menghargai usaha McDonald's Malaysia yang bukan setakat menyediakan landasan makanan dan minuman yang terkenal di dunia tetapi turut memulangkan sumbangan kepada rakyat khususnya di Sabah.
Memuji usaha itu, Mohd Shafie berkata inisiatif McDonald's dalam menyediakan bantuan seperti persekolahan kepada anak kurang berkemampuan merupakan satu amalan yang cukup digalakkan.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafae berkata pihak syarikat sentiasa berharap mampu memainkan peranan ke arah mensejahterakan rakyat.
"Mewujudkan impak positif kepada masyarakat merupakan nilai teras McDonald's Malaysia, semoga pembukaan restoran baharu di Sabah ini membuka peluang pekerjaan dan ruang ke arah pembangunan bakat.
"Di samping merancakkan lagi ekonomi negeri, besar harapan McDonald's dalam mengembangkan perniagaan kami di Sabah seterusnya dapat membantu meringankan beban golongan masyarakat kurang bernasib baik," katanya.
Pada perasmian outlet McD Semporna itu, turut diumumkan sumbangan RM622,800 daripada McDonald bagi meringankan beban golongan masyarakat yang memerlukan.
Antara inisiatif kemasyarakatan diumumkan termasuklah pembayaran zakat perniagaan RM101,000 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Selain itu McDonald's Malaysia turut membantu 1,900 kanak-kanak daripada 63 sekolah di negeri ini dengan sumbangan pek 'Kembali ke Sekolah' pada tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 10 2019
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafae berkata pihak syarikat sentiasa berharap mampu memainkan peranan ke arah mensejahterakan rakyat.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.