awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan terbit sukuk RM9.9 bilion, tambah baik model perniagaan Felda - PM

Astro Awani
Astro Awani
07/07/2021
08:17 MYT
Kerajaan terbit sukuk RM9.9 bilion, tambah baik model perniagaan Felda - PM
Sebahagian terbitan sukuk itu sedang digunakan untuk menstruktur semula pinjaman dengan institusi kewangan serta untuk mengambil alih FGV Holdings Berhad (FGV). - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan penerbitan sukuk berjaminan kerajaan bernilai RM9.9 bilion bagi menambah baik model perniagaan Felda.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebahagian terbitan sukuk itu sedang digunakan untuk menstruktur semula pinjaman dengan institusi kewangan serta untuk mengambil alih FGV Holdings Berhad (FGV).
"Saya percaya dengan penstrukturan semula pinjaman-pinjaman tersebut, ia akan mengembalikan fokus Felda terhadap usaha pemerkasaan perniagaan terasnya.
"Persetujuan Kabinet terhadap cadangan Pasukan Khas sebelum ini, juga telah membolehkan Felda meningkatkan pegangan saham dalam FGV sehingga 81.3 peratus.
"Saya difahamkan, perkembangan ini akan mewujudkan satu sinergi perladangan yang akan melonjakkan produktiviti seterusnya keuntungan Kumpulan Felda," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2021 secara maya pada Rabu.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata peningkatan penglibatan Felda dalam industri hiliran yang mempunyai nisbah keuntungan lebih tinggi akan membolehkan Felda mencapai sasarannya untuk kembali mencatat keuntungan menjelang tahun 2023.
Selari dengan agenda nasional ke arah Revolusi Industri 4.0, Muhyiddin berkata Felda telah memulakan pelaksanaan sistem pertanian pintar bagi menguruskan 458,000 hektar ladang Felda dan peneroka di seluruh negara dengan menggunakan konsep pertanian jitu atau precision agriculture.
"Dengan kerjasama warga Felda, sistem ini mampu menambah baik operasi perladangan menerusi pemantauan dan pengumpulan maklumat lebih terperinci dan menjimatkan kos operasi sehingga lebih RM200 juta dalam masa lima tahun," katanya.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Felda
#FGV
#model perniagaan
#Hari Peneroka Felda 2021
#FGV Holdings Berhad
#sukuk Felda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan