awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye

Bernama
Bernama
29/12/2025
15:30 MYT
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
Menurut Lee, selain penguatkuasaan, kunci kepada pembentukan masyarakat bersih yang tidak membuang sampah sesuka hati adalah tahap kesedaran sivik yang tinggi, yang mesti dipupuk sejak peringkat awal. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat terhadap pesalah membuang sampah berulang dilihat sebagai langkah pencegahan yang wajar, namun penyelesaian sebenar terhadap isu kebersihan negara terletak pada pengukuhan pendidikan sivik.

Ringkasan AI
  • Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat sebagai langkah pencegahan membuang sampah berulang, namun penyelesaian sebenar terletak pada pendidikan sivik yang memadai.
  • Pengerusi Alliance for a Safe Community menekankan bahawa hukuman 'memalukan' tidak cukup untuk perubahan sikap jangka panjang, kesedaran sivik perlu dipupuk sejak peringkat awal.
  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengumumkan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat bagi kesalahan membuang sampah berkuat kuasa pada 1 Jan 2026, dengan denda RM2,000 dan kerja pembersihan 12 jam sebagai hukuman.

Pengerusi Alliance for a Safe Community Tan Sri Lee Lam Thye, berkata walaupun hukuman berbentuk 'memalukan' atau penghinaan awam terhadap pesalah tegar sudah lama wajar dilaksanakan, ia tidak menjamin perubahan jangka panjang dalam sikap masyarakat.
Menurut Lee, selain penguatkuasaan, kunci kepada pembentukan masyarakat bersih yang tidak membuang sampah sesuka hati adalah tahap kesedaran sivik yang tinggi, yang mesti dipupuk sejak peringkat awal.
"Walaupun anda terus mengenakan denda kepada mereka (pesalah), mereka tetap acuh tak acuh. Ada yang bayar, ada yang tidak. Ini hanya menjadi penghalang bagi sesetengah orang, tetapi bukan penyelesaian sebenar. Penyelesaiannya adalah pendidikan, dan ia mesti ditekankan dari sekolah," katanya kepada Bernama.
Pada Sabtu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, mengeluarkan peringatan terakhir bahawa perintah khidmat masyarakat bagi kesalahan membuang sampah akan berkuat kuasa pada 1 Jan 2026, sebagai sebahagian daripada penguatkuasaan lebih ketat terhadap pembuangan sampah di tempat awam.
Nga berkata pegawai penguat kuasa telah diarahkan untuk menegakkan undang-undang baharu ini, yang bertujuan memperkukuh kebersihan awam dan tanggungjawab sivik masyarakat.
"Mana-mana individu, termasuk warga asing, yang membuang sampah di tempat awam akan dikenakan denda RM2,000 dan dijatuhi hukuman 12 jam kerja pembersihan awam," katanya dalam kenyataan di laman Facebook beliau.
Lee berkata walaupun khidmat masyarakat sesuai untuk mendisiplinkan pesalah yang degil dan mengabaikan denda, penguatkuasaan mesti dilaksanakan dengan betul dan adil oleh pihak berkuasa berkaitan.
Beliau menambah, selain inisiatif kementerian, pihak berkuasa tempatan juga mesti memastikan tenaga kerja mencukupi ditempatkan di lapangan bagi melaksanakan perintah itu dengan berkesan.
Mengambil Jepun sebagai contoh, Lee berkata kejayaan negara itu mengekalkan kebersihan bukan semata-mata kerana undang-undang, tetapi berpunca daripada pemikiran yang dipupuk sejak kecil.
"Di Jepun, apabila anda berjalan di jalan raya, hampir tidak terdapat tong sampah. Orang di sana sudah berada pada tahap bahawa jika mereka membawa kertas atau sampah lain, mereka hanya menyimpannya di poket sehingga menemui tempat yang sesuai untuk membuangnya," katanya.
Lee turut menekankan bahawa integriti adalah elemen penting dalam isu ini, dengan menegaskan individu tidak seharusnya membuang sampah walaupun tiada orang melihat.
"Pendidikan sivik adalah kunci bagi semua ini, dan tiada tempat yang lebih baik untuk menanamkannya selain di sekolah, bagi mendidik kanak-kanak sejak awal supaya menghargai dan mencintai alam sekitar serta mengelak daripada melakukan perkara yang mencemarkannya," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#warga asing
#integriti
#tong sampah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan