KUALA LUMPUR: Kerajaan akan berusaha melakukan yang terbaik bagi membendung penularan pandemik COVID-19 dan memastikan proses pemulihan ekonomi dapat diteruskan, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, orang ramai juga boleh memainkan peranan masing-masing dengan memastikan diri mereka divaksin melalui aplikasi MySejahtera.
“Ini penting untuk memastikan ekonomi kita mampu pulih dan kembali berkembang mulai separuh kedua tahun ini,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-56, yang dikeluarkan hari ini.
Menurutnya, program vaksinasi yang lancar dan jumlah orang ramai yang mendapat vaksinasi meningkat mampu melonjakkan ekonomi negara.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kadar vaksinasi dos pertama di Malaysia dalam usaha mencapai imuniti kelompok bagi menyekat penularan COVID-19, ialah antara yang tertinggi di Asia Tenggara.
Setakat ini, Malaysia sudah memberi lebih tiga juta dos vaksin COVID-19, termasuk lebih dua juta penerima memperoleh suntikan pertama.
Memetik laporan Moody’s Investor Service, Tengku Zafrul berkata, Malaysia berada di landasan pemulihan yang tepat.
“Laporan Moody’s menunjukkan ekonomi Malaysia stabil berdasarkan kepelbagaian daya saing, skala ekonomi yang berdaya saing sederhana besar, sumber semula jadi yang mencukupi dan prospek pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan masih mengekalkan dasar ekonomi dan fiskal kerajaan yang efektif dan berhemat.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, setakat 28 Mei 2021, kerajaan telah meluluskan RM12.06 bilion pinjaman mudah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang memberi manfaat kepada 25,605 PKS.
Bagi Geran Khas Prihatin (GKP), beliau berkata, secara keseluruhannya, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada hampir satu juta PKS sejak COVID-19 melanda negara adalah sebanyak RM5.1 bilion.
“Kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban mereka terutamanya mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh,” katanya.
Di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), kerajaan telah memutuskan pemberian GKP 3.0 sebanyak RM1,000 kepada lebih satu juta peniaga mikro untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka, khususnya dalam menguruskan aliran tunai masing-masing. - BERNAMA
Bernama
Thu Jun 10 2021
Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan berusaha melakukan yang terbaik bagi membendung penularan pandemik COVID-19 dan memastikan proses pemulihan ekonomi dapat diteruskan. - Foto Bernama
Malaysia gesa masyarakat antarabangsa terus menekan Israel
Wisma Putra menjelaskan keganasan Israel terhadap Palestin di Gaza yang menyebabkan kini dilanda kebuluran, malnutrisi dan penyakit.
10 Berita Pilihan - (29 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kementerian bercadang anjur jelajah tingkat kesedaran kanak-kanak guna media sosial - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau telah berhubung dengan pejabat Menteri Pendidikan bagi menyatakan hasrat itu.
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
Matrade kembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris - Tengku Zafrul
Matrade mengembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Perancis, Sepanyol, Portugal dan Monaco.
PM dijangka bertemu 28 kapten industri Jerman, fokus laksana komitmen pelaburan - Tengku Zafrul
Dalam tiga hari berasingan, PM akan bersemuka dengan pemain-pemain industri untuk jawab segala tanda tanya mengenai ekonomi Malaysia.
Projek ECRL ikut jadual, kini capai 62 peratus
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjalan mengikut jadual dan kini sudah mencapai 62 peratus setakat Februari 2024.
Cadangan graduan asing bekerja: 'Penyelesaian jangka pendek tangani isu tenaga mahir' - Tengku Zafrul
Cadangan untuk membenarkan graduan asingbekerja sementara di negara ini dalam bidang tertentu dapat menyemarakkan lagi sektor pendidikan Malaysia sebagai penjana pendapatan untuk negara.
Perodua keluarkan EV mampu milik hujung tahun 2025 - Zafrul
Perodua telah bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV berkenaan.
Misi sehari MITI ke Singapura jana komitmen FDI RM2.8 bilion
Antara Januari dan September 2023, projek pelaburan dari Singapura bernilai RM20.4b diluluskan, menjadikannya sumber FDI kedua terbesar negara.
Malaysia komited gandakan industri semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia komited menggandakan kemajuan industri semikonduktor untuk meraih pertumbuhan dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) yang semakin meningkat ketika ini.
'Jangan gopoh buat keputusan' - Tengku Zafrul titip pesan kepada para pelajar
Beliau juga berharap anak muda lebih berminat menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi selepas tamat persekolahan.
Peningkatan pelabur domestik bukti keyakinan semakin tinggi - Tengku Zafrul
Peningkatan bilangan pelabur domestik terutama melibatkan syarikat tempatan di Malaysia menunjukkan keyakinan dalam kalangan pelabur semakin tinggi berbanding sebelum ini.