KUALA LUMPUR:Kerajaan mengumumkan telah bersetuju untuk menetapkan harga siling bagi dua produk petroleum iaitu RON95 dan diesel di pasaran .
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan pada Rabu, paras harga siling yang ditetapkan itu lebih rendah berbanding had harga yang dilaksanakan kerajaan terdahulu.
Harga runcit semasa petrol RON95 akan dihadkan pada paras siling RM2.05 seliter, manakala harga runcit semasa diesel akan dihadkan pada paras siling RM2.15 seliter.
“Paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel ini adalah lebih rendah berbanding had harga yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan terdahulu pada tahun 2019 iaitu RM2.08 seliter bagi petrol RON95, dan RM2.18 seliter bagi diesel.
“Ia bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak yang ketara apabila harga sebenar minyak di pasaran global meningkat,” jelas kenyataan itu.
Pada masa sama, kenyataan itu memberitahu kerajaan akan menampung perbezaan harga pasaran sebenar dengan harga runcit yang ditetapkan secara mingguan melalui peruntukan subsidi.
“Keputusan ini diambil berdasarkan trend harga pasaran sebenar produk petroleum yang semakin meningkat susulan peningkatan permintaan minyak mentah dunia yang turut dipengaruhi oleh pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi di seluruh dunia.
“Trend harga minyak global juga dipengaruhi oleh pelan vaksinasi COVID-19 yang mula dilancarkan secara beransur-ansur di seluruh dunia.
“Malaysia sendiri akan melancarkan Program Imunisasi Kebangsaannya bermula hujung Februari 2021,” tambah kenyataan itu lagi.
Di samping itu, kerajaan tetap komited untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan akan sentiasa memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi mengimbangi tanggungan subsidi Kerajaan dengan keperluan untuk terus memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Faris Danial Razi
Wed Feb 10 2021

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan pada Rabu, paras harga siling yang ditetapkan itu lebih rendah berbanding had harga yang dilaksanakan kerajaan terdahulu. - Gambar fail

Penglibatan WTCKL dalam Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia dihargai
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri melancarkan Pelancaran Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia (SMP) 2021 2030 pada Khamis.

Akibat dendam, bekas pegawai polis dedah anggota terlibat jenayah terancang
Seorang bekas pegawai polis ditahan kerana dipercayai menjadi dalang memuat naik senarai nama anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa terlibat pelbagai sindiket jenayah terancang

Lawan Arus | Wanita parah disahkan meninggal dunia
Seorang wanita yang parah selepas terlibat dalam kemalangan dirempuh pemandu yang melawan arus di Kilometer(KM) 13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Bagan Ajam Rabu lalu dilaporkan meninggal dunia.

10 Berita Pilihan - (17 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

7 pelajar Maktab Mahmud Baling disahkan positif COVID-19
Seramai tujuh pelajar Maktab Mahmud Baling, Kedah merangkumi enam pelajar tingkatan empat dan seorang pelajar tingkatan satu disahkan positif COVID-19, pada Sabtu.

AADK Jom Raya | AADK Kuala Pilah bawa kanak-kanak beli baju raya
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun berkata, usaha itu bagi menyemarak kemeriahan suasana dan sambutan Aidilfitri dalam kalangan mereka.

Vaksin COVID-19 | Anwar Ibrahim terus tekan kerajaan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali menggesa rakyat supaya mendaftar bagi mendapatkan vaksin.

Pengampunan | Junta tentera bebaskan 23,000 tahanan
Junta Myanmar mengampuni dan membebaskan lebih dari 23,000 tahanan sempena cuti tahun baru. Bagaimanapun, ia tidak jelas jika pengampunan itu termasuk aktivis pro-demokrasi yang ditahan selepas kudeta pada Februari.

Putera Philip | Pemimpin Malaysia rakam ucapan takziah
Istiadat pemakaman Duke of Edinburgh, Putera Philip menjadi tumpuan dunia dengan ramai pemimpin pelbagai negara mengucapkan takziah. Pemimpin Malaysia termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut sama menzahirkan ucapan takziah buat keluarga diraja itu.

AWANI Ringkas: Putera Philip selamat dimakamkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Harga runcit RON95, RON97, diesel kekal
Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing kekal RM2.05, RM2.54 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 15 hingga 21 April ini.

Harga petrol RON95 dan diesel kekal, RON97 naik dua sen
Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 8 hingga 14 April ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Mac 2021.

RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter manakala harga runcit RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 April.

Inflasi keseluruhan akan meningkat pada suku kedua, menyederhana kepada 2.5-4.0 peratus pada 2021 - Gabenor BNM
Inflasi keseluruhan yangmengukur jumlah inflasi ekonomi ialah pada -1.2 peratus pada suku kedua 2020 semasa negara ini diletakkan di dalam sekatan pergerakansepenuhnya.

Harga RON97 naik 3 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga minyak RON97 meningkat tiga sen untuk tempoh 25 Mac hingga 31 Mac, lapor Kementerian Kewangan pada Rabu.

PEMERKASA: Penetapan harga siling RON95, diesel demi lindungi rakyat - PM Muhyiddin
Pada masa kini, Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang menanggung subsidi pada kadar hampir 30 sen seliter.

Harga RON97 naik 7 sen, RON95 dan diesel kekal
Ini menjadikan harga minyak RON97 yang sebelum ini berharga RM2.40 berubah kepada RM2.47 seliter.

RON97 naik 5 sen, harga RON95 dan diesel kekal
Harga petrol RON97 meningkat sebanyak lima sen dari RM2.35 seliter kepada RM2.40 seliter mulai 11 Mac ini.

Harga RON95, RON97, diesel kekal
Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).