awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerana iPhone X, Apple bakal pintas Samsung - TrendForce

Agensi
Agensi
10/11/2017
02:33 MYT
Kerana iPhone X, Apple bakal pintas Samsung - TrendForce
Apple dijangka mengambil 19.1 peratus daripada pasaran telefon pintar untuk tempoh Oktober hingga Disember kerana prestasi jualan iPhone X yang memberangsangkan. -REUTERS
DATA industri menunjukkan bahawa syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat Apple Inc. dijangka akan memintas Samsung Electronics Co. pada suku keempat 2017 sebagai pengeluar telefon pintar paling laris di dunia.
Semuanya susulan prestasi jualan terbaharu telefon pintar syarikat itu, iPhone X yang dilaporkan memberangsangkan.
Hasil data yang dikumpulkan oleh TrendForce menunjukkan bahawa Apple dijangka memiliki 19.1 peratus daripada pasaran telefon pintar untuk tempoh Oktober hingga Disember.
Jangkaan untuk Samsung hanyalah 18.2 peratus.
Suku sebelum ini, Samsung mendahului Apple dengan 21.1 peratus.
“Pada suku ketiga, telefon pintar Samsung meningkat dengan pelancaran Galaxy Note 8 dan juga jualan kukuh Galaxy J dalam pasaran pertengahan dan rendah,” lapor TrendForce.
TrendForce turut melaporkan jualan suku keempat Samsung akan jatuh 5 peratus untuk mencecah 77 juta unit.
Apple akan mencapai 81 juta unit, satu pertiga daripada jualan adalah model iPhone X.
Topic Berkaitan
#Apple
#jualan telefon pintar
#Samsung
#TrendForce
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan