awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama perkukuh pengaruh ASEAN dalam bidang digital - Muhyiddin

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
21/01/2021
05:23 MYT
Kerjasama perkukuh pengaruh ASEAN dalam bidang digital - Muhyiddin
Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya platform digital dilihat sebagai satu medium yang perlu digunakan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Negara-negara anggota ASEAN boleh mempertimbangkan pelaksanaan undang-undang mengenai privasi data dan hak pengguna yang dapat diaplikasikan pada setiap entiti digital di rantau ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya platform digital dilihat sebagai satu medium yang perlu digunakan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.
"ASEAN boleh mempertimbangkan undang-undang yang lebih kukuh berkaitan dengan kata-kata kebencian yang, antara lain, memaksa platform digital untuk menghapuskan atau melaksanakan hukuman tertentu bagi setiap kata-kata yang sengaja mendorong keganasan, baik secara lisan atau fizikal.
"Tetapi ini tidak terbatas pada gangguan dan ancaman berdasarkan bangsa, jantina, agama, orientasi seksual, kecacatan atau kewarganegaraan sahaja," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian ASEAN Digital Ministers Meeting secara maya, pada Khamis.
ASEAN | Kerjasama ASEAN perkukuh undang-undang siber
Atas dasar itu, ASEAN, katanya, tidak lagi boleh bekerja bersendirian.
"Ancaman siber berubah dengan cepat dan menceroboh setiap ruang kehidupan kita, termasuk cara berkomunikasi, cara kita bekerja, melakukan transaksi dalam talian, melakukan pembelian dan juga bagaimana kita melindungi keselamatan negara kita. Ia juga semakin lama menjadi lebih canggih, rumit dan merentas sempadan," kata Perdana Menteri.
Tambah Muhyiddin lagi, ASEAN juga boleh melaksanakan beberapa lagi inisiatif dalam usaha mengukuhkan keselamatan siber seperti pengumpulan dana serta menubuhkan satu platform khas yang dapat menghubungkan perniagaan kecil dan sederhana di seluruh rantau ini.
"Kita perlu selaras dengan kehendak pergerakan dan industri dengan mengakui cabaran dan realiti, dan memanfaatkan yang terbaik untuk membuat peluang yang tepat yang kita mahukan," ujar beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#ASEAN
#Perdana Menteri
#undang-undang
#keselamatan siber
#digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan