awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketiadaan cukai makmur jadi petanda baik bagi pasaran modal - Bursa Malaysia

Bernama
Bernama
07/10/2022
21:17 MYT
Ketiadaan cukai makmur jadi petanda baik bagi pasaran modal - Bursa Malaysia
Abdul Wahid berkata komitmen untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 5.5 peratus daripada KDNK pada 2023, daripada 5.8 peratus pada 2022, dan seterusnya kepada purata 4.4 peratus untuk 2023 hingga 2025, seharusnya dipuji. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketiadaan cukai makmur dalam Bajet 2023 akan memberi petanda baik kepada pasaran modal, kata Pengerusi Bursa Malaysia Bhd, Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Beliau berkata ini adalah faktor positif yang besar bagi sektor korporat, yang berpotensi mengurangkan unjuran pendapatan sesaham (EPS) 2023 bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI sebanyak lima hingga enam peratus.
"Tanpa cukai sedemikian dikenakan, penganalisis mempunyai unjuran konsensus kadar pertumbuhan EPS sebanyak 11.5 peratus bagi 2023 berbanding -1.1 peratus untuk 2022. Ini petanda baik untuk pasaran modal," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau juga memuji komitmen kerajaan menerusi Bajet 2023 terhadap kemampanan kewangan jangka panjang dan untuk membina daya tahan Malaysia bagi menghadapi sebarang krisis masa depan.
Abdul Wahid berkata komitmen untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 5.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023 daripada 5.8 peratus pada 2022 dan seterusnya kepada purata 4.4 peratus untuk 2023 hingga 2025 seharusnya dipuji.
Komitmen berterusan ke arah pembangunan mampan juga amat dialu-alukan, dan secara keseluruhan, Bajet 2023 ialah bajet yang positif, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bajet 2023
#Cukai Makmur
#Abdul Wahid Omar
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan