KUALA LUMPUR: Prospek ekonomi yang tidak menentu pada 2023 meningkatkan risiko merentas semua sektor, kata Moody's Analytics.
Dalam laporan mengenai hutang global bertemakan 'A threat to government fiscal stability' (Ancaman kepada kestabilan fiskal kerajaan), ia berkata ekonomi yang lebih lemah dengan inflasi dan kadar faedah yang tinggi akan menjejaskan fiskal kerajaan dan sumber hasil.
"Keadaan kewangan isi rumah boleh menjadi lemah apabila kadar yang meningkat menjadikan hutang kadar boleh laras lebih mahal, menjejaskan nilai aset perumahan dan melemahkan pertumbuhan pendapatan sebenar.
"Korporat boleh menghadapi margin yang lebih kecil dan penilaian aset yang berkurangan kerana mereka berdepan kos yang lebih tinggi dan permintaan yang lebih lemah," katanya.
Ia berkata, cabaran utama untuk mengurus hutang dalam tempoh terdekat terletak pada dasar fiskal kerajaan.
"Keupayaan untuk mengurus beban hutang yang tinggi dan potensi untuk menyatukan dasar fiskal pada tahun-tahun mendatang menunjukkan ke arah perselisihan yang berkekalan dalam kadar pertumbuhan global pada tahun-tahun akan datang," katanya.
Ia berkata ekonomi di pasaran sedang pesat membangun yang sedang bergelut dengan pembayaran balik hutang menghadapi risiko paling tinggi, terutamanya apabila penjanaan hasil, pegangan pertukaran mata wang asing dan imbangan perdagangan menjadi isu.
"Leveraj isi rumah menimbulkan risiko terbesar dalam beberapa pasaran baru muncul dan khususnya di China, yang mana gadai janji dan hutang pengguna telah meningkat dengan cepat.
"Tetapi ia kurang di AS dan Eropah, yang mana beban telah menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan di Amerika Latin, yang mana pasaran kredit isi rumah tidak berkembang sepenuhnya," katanya.
Moody's Analytics juga mengatakan bahawa beban hutang korporat menimbulkan beberapa tanda amaran, kecuali di China, yang mana hutang korporat yang meningkat dengan pesat bertindih dengan hutang kerajaan melalui mekanisme pembiayaan oleh kerajaan tempatan dan syarikat milik kerajaan.
Mengenai hutang, ia berkata hutang global masih belum jatuh dengan ketara di mana-mana rantau dunia dan ia terus meningkat di China.
Hutang yang tinggi dan berlarutan, sama ada di ekonomi maju, China atau pasaran baru muncul di seluruh dunia, kekal sebagai sumber tekanan terbesar terhadap keadaan fiskal dalam ekonomi global.
"Beban hutang kerajaan yang tinggi meningkatkan risiko penyatuan belanjawan yang pantas sekurang-kurangnya dan potensi untuk gagal membayarnya adalah paling teruk.
"Dan sememangnya, senario terburuk itu berlaku di Sri Lanka pada pertengahan Mei apabila kerajaannya tidak dapat memenuhi pembayaran hutang berjadual.
"Sri Lanka adalah kes ekstrem yang mana kerajaan menurunkan cukai, meningkatkan perbelanjaan dan membekukan kadar pertukaran mata wang, antara dasar lain, semuanya itu menanggung beban hutang yang tinggi," katanya.
Moody's Analytics berkata gabungan tadbir urus yang lemah dan beban hutang yang tinggi, sekurang-kurangnya dalam kalangan ekonomi pasaran sedang pesat membangun, mewujudkan risiko yang boleh berlaku di tempat lain dalam tempoh terdekat.
Ia berkata walaupun nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di pasaran baru muncul adalah lebih rendah berbanding di ekonomi maju, nisbah itu telah melekat sejak pandemik.
"Sejak memuncak pada suku pertama 2021 pada 252.9 peratus daripada KDNK, nisbah agregat telah jatuh hanya kira-kira lima mata peratusan kepada angka akhir tahun sebanyak 247.8 peratus," katanya.
Sementara itu, ia berkata banyak negara, terutamanya dalam pasaran baru muncul, masih mempunyai dasar fiskal akomodatif yang dimasukkan ke dalam belanjawan 2022 mereka.
"Bagaimanapun, berkemungkinan 2023 akan menjadi tempoh penyatuan fiskal yang pesat kerana defisit bajet dibawa semula dalam sasaran jangka panjang.
"Ini akan menambah tekanan kepada ekonomi global yang sudah dilanda oleh kenaikan inflasi, kekurangan beberapa komoditi makanan dan gangguan rantaian bekalan yang disebabkan oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan dasar sifar COVID China," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 19 2022
Prospek ekonomi yang tidak menentu pada 2023 meningkatkan risiko merentas semua sektor. - Gambar hiasan
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.
Copilot kini boleh digunakan pada OneDrive – Rumus kandungan fail sebelum dikongsi
Bulan Oktober lepas, Microsoft telah mengemas kini OneDrive pada versi web dengan antara muka baharu.
Tumpuan Jumaat - 03 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, dekat sini pada Sabtu lepas.
AWANI Ringkas: DVS Selangor buka kertas siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
Tinjauan CGTN: 80 peratus responden Perancis sanjung pengaruh China
Nilai dagangan antara China dengan Perancis meningkat lebih 800 kali ganda sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 60 tahun lalu.
Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.
TH terima lebih 80,000 rayuan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) menerima lebih 80,000 rayuan haji bagi musim haji 1445H/2024M setakat hari ini, menurut Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
PRK: Ramanan nasihat calon fokus bertumpu bawa isu tempatan
Calon bertanding pada PRK DUN KKB perlu memberi tumpuan terhadap isu-isu yang dihadapi masyarakat tempatan berbanding membincangkan hal-hal bersifat nasional dalam siri kempen mereka.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.