awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keuntungan bersih Petronas Dagangan meningkat kepada RM776.60 juta pada 2022

Bernama
Bernama
23/02/2023
00:00 MYT
Keuntungan bersih Petronas Dagangan meningkat kepada RM776.60 juta pada 2022
Keuntungan bersih tinggi itu disumbang terutamanya daripada keuntungan kasar yang tinggi daripada semua segmen.
KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2022 meningkat kepada RM776.60 juta berbanding RM529.75 juta pada tahun sebelumnya.
Hasil meningkat kepada RM36.75 bilion daripada RM22.67 bilion, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu.
Keuntungan bersih tinggi itu disumbang terutamanya daripada keuntungan kasar yang tinggi daripada semua segmen susulan peningkatan permintaan sepanjang tempoh tersebut.
"Peningkatan itu turut disokong oleh pendapatan lain yang tinggi susulan keuntungan sekali yang diperoleh daripada penjualan perniagaan gas petroleum cecair (LPG) di Sarawak," katanya.
Bagi suku keempat, keuntungan bersih kumpulan meningkat kepada RM144.46 juta berbanding RM137.19 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun sebelumnya manakala hasil melonjak kepada RM9.50 bllion daripada RM7.11 bilion.
Keuntungan bersih tinggi semasa suku tersebut disumbang oleh keuntungan kasar tinggi daripada segmen runcit dan komersial dan peningkatan pendapatan lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Petronas
#untung bersih
#LPG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan