KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih AirAsia X Bhd (AAX) bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023, berjumlah RM327.99 juta berbanding keuntungan luar biasa RM33.62 bilion yang dicatatkannya tahun lepas dalam tempoh 18 bulan susulan selesainya penyusunan semula hutang syarikat.
Hasil syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu meningkat kepada RM548.84 juta daripada RM113.02 juta pada tempoh yang sama tahun lepas apabila perjalanan antarabangsa pulih semula.
"Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat lebih daripada berganda kepada RM360.3 juta pada suku tersebut berbanding EBITDA RM170.3 juta pada suku sebelumnya yang berakhir pada 31 Dis, 2022, disumbang terutamanya daripada kenaikan hasil sebanyak 62 peratus.
"Perolehan kumpulan meneruskan peningkatannya sejak perjalanan udara antarabangsa disambung semula sepenuhnya pada Oktober 2022.
"Semasa tempoh tersebut, kumpulan merekodkan hasil RM548.8 juta, meningkat tiga kali ganda daripada hasil yang dicatatkan pada tempoh sama pada 2022," kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Mengenai prospek masa depan, kumpulan itu berada di landasan yang tempat untuk melancarkan semula semua laluannya yang menguntungkan ke China dan meningkatkan kekerapan di laluan dengan permintaan tinggi.
"Kumpulan ketika ini beroperasi dengan sembilan pesawat dan menjangka 16 pesawat lagi beroperasi pada akhir 2023 untuk menyokong pelan pengembangan dan memaksimumkan nilai kepada kumpulan.
"Berdasarkan sejarah kebermusiman, suku akan datang biasanya musim jualan rendah. Bagaimanapun, kumpulan optimis dengan keputusan berikutan aliran tambang yang kukuh, faktor muatan yang dioptimumkan dan aliran harga bahan api yang lebih menguntungkan," katanya.
Tiada dividen diumumkan bagi suku pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023

Hasil syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu meningkat kepada RM548.84 juta daripada RM113.02 juta pada tempoh yang sama tahun lepas apabila perjalanan antarabangsa pulih semula. - Gambar fail/Bernama

Shah Firdaus percaya boleh cabar emas jika kemenangan separuh akhir pertama tidak batal -
Kemenangan pelumba itu dibatalkan oleh komisar perlumbaan selepas Shah Firdaus memasuki lorong lawannya itu semasa pusingan akhir.

Komunikasi, pengangkutan cabaran getir hantar bekalan makanan ke Pensiangan
Then berkata kesemua perkara itu, perlu dilakukan secara manual dengan menaiki bot selain berjalan kaki dari kampung ke kampung.

Speedy Tigers jadikan Indonesia mangsa belasahan seterusnya
Skuad hoki lelaki kebangsaan menepati ramalan selepas mudah mengatasi Indonesia 9-2 pada aksi ketiga Kumpulan B temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Gongshu Canal Sports Park, di sini, hari ini
![[KOLUMNIS] Ulasan filem Malbatt 1, oleh pihak yang terjejas [KOLUMNIS] Ulasan filem Malbatt 1, oleh pihak yang terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695911075_MalbattMisiBakara.jpg)
[KOLUMNIS] Ulasan filem Malbatt 1, oleh pihak yang terjejas
Pegawai dan semua peringakat MALBATT terdiri daripada golongan professional yang cukup terlatih dan berdisiplin.

Pelancong hilang: SAR di Gunung Jasar temukan kesan tapak kaki kemungkinan jejak mangsa
Mangsa telah mendaftar masuk ke Hikers Sleep Port Guest House, Tanah Rata pada 19 Sept dan sepatutnya mendaftar keluar pada 24 Sept.

Tidak isytihar kandungan gluten: Singapura panggil balik produk dari Malaysia
Memandangkan gluten boleh cetuskan alahan, SFA telah mengarahkan pengimport, Taste Original Pte Ltd, supaya menarik balik produk berkenaan.
AWANI Ringkas: Sukan Asia - Ekuestrian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis tahan pengutip sampah serang pemandu lori dengan parang
Polis menahan seorang lelaki di Taman Setapak Jaya yang disyaki menyerang seorang pemandu lori dengan menggunakan objek tajam di Pandan Perdana dua hari lepas.
AWANI 7:45 [28/09/2023] - Qabil rangkul emas | Yakin tiada kenaikan harga barang | Jamin beras putih cukup | Laksanakan pelan komprehensif
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia cipta sejarah, raih emas pertama ekuestrian di Sukan Asia
2. Banjir di Kedah memburuk
3. Paynet perjelas, caj transaksi duitnow QR hanya untuk RM5 ribu ke atas
4. Isu Beras, Bernas beri jaminan bekalan beras putih cukup
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia cipta sejarah, raih emas pertama ekuestrian di Sukan Asia
2. Banjir di Kedah memburuk
3. Paynet perjelas, caj transaksi duitnow QR hanya untuk RM5 ribu ke atas
4. Isu Beras, Bernas beri jaminan bekalan beras putih cukup
#AWANInews

PM Thailand derma gaji, elaun kepada badan kebajikan
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan menyumbang gaji dan elaun bulanan sepanjang menerajui perntadbiran negara kepada pelbagai badan amal dan yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.

AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.