KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2020 meningkat kepada RM1.02 bilion berbanding RM632.68 juta yang dicatatkan pada tahun 2019.
Bagaimanapun, pendapatan TM merosot kepada RM10.84 bilion daripada RM11.43 bilion sebelumnya, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu.
TM berkata penurunan pendapatan itu disebabkan oleh pendapatan yang lebih rendah daripada semua produknya.
"Pendapatan daripada Internet terjejas kerana pelarasan harga Streamyx yang diperkenalkan mulai September, 2019 dan manakala perkhidmatan berkaitan suara dan telekomunikasi lain dipengaruhi oleh volum yang lebih rendah dan aktiviti ekonomi yang terbatas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia menjejaskan pendapatan daripada projek pelanggan di bawah segmen perusahaan," katanya.
Sementara itu, syarikat itu berkata keuntungan bersih yang lebih tinggi itu direkodkan sebahagiannya disumbangkan oleh kadar cukai yang lebih rendah serta sumbangan daripada bahagian kumpulan daripada peningkatan prestasi anak syarikat.
Berdasarkan momentum semasa, TM berkata ia telah memulakan fasa perjalanannya seterusnya iaitu Program Transformasi 'TM Baru' (2021-2023).
"Menerusi transformasi baharu TM, 'Compass of Purpose, Customers, Performance and People', ia akan memupuk budaya prestasi baharu yang menumpukan perhatian kepada pada hasil dan impak.
"Bagi 12 bulan ke depan, TM berusaha untuk meningkatkan pertumbuhan pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT) melalui tiga bidang kecemerlangan: dalam kesalinghubungan, penyelesaian, dan pengalaman pelanggan; dengan pendapatan yang lebih kukuh daripada unit perniagaan kami, pengurusan kos yang lebih baik dan produktiviti daripada operasi pengoptimuman; dan peningkatan pengalaman pelanggan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 24 2021
Bagi 12 bulan ke depan, TM berusaha untuk meningkatkan pertumbuhan pendapatan sebelum faedah dan cukai melalui tiga bidang kecemerlangan.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
OpenAI dilaporkan tidak akan jana keuntungan hingga 2029
Walaupun syarikat dinilai tinggi, masih ramai yang mempersoalkan janaan wang untuk syarikat, selain bagaimana ia akan menjana keuntungan.
Penurunan harga telur: Peniaga lega, bantu kurangkan kos operasi
Penurunan harga runcit telur ayam memberi peluang kepada peniaga khususnya penjual makanan meraih sedikit keuntungan.
Agihan keuntungan TH 2023 kekal 3.10 peratus
Mohd Na'im berkata, agihan keuntungan berjumlah RM2.72 bilion itu bakal memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit.
Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.
UEM Edgenta rekod hasil RM2 bilion, isytihar dividen 2 sen
Namun keuntungan syarikat pengurusan aset dan penyelesaian infrastruktur terkemuka itu turun 34.1 peratus ekoran tekanan inflasi global dan peningkatan kos operasi.
Tahun Naga beri 'ong' buat peniaga
Tahun naga dalam kalendar zodiak Cina yang dipercayai membawa simbol kekuatan, kehormatan, kejayaan dan keberuntungan.
AirAsia X: Prestasi kewangan pulih, keluar dari status PN17
AirAsia X Bhd (AAX) mencatatkan penurunan dalam keuntungan bersih kepada RM5.56 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2023.
Syarikat penerbangan mampu capai keuntungan bersih AS$9.8 bilion pada 2023
Keuntungan dianggarkan mengukuh pada 2023, didorong oleh perkembangan positif termasuk meningkatnya permintaan untuk perjalanan udara.
Rugi bersih suku pertama Pos Malaysia berkurangan kepada RM27.66 juta
CEO kumpulan, Charles Brewer berkata prestasi Pos Malaysia adalah lebih baik dalam seluruh aspek berbanding pada suku pertama tahun kewangan 2022.
Untung suku pertama Bursa Malaysia dalam jangkaan - Analisis
Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd yang lebih rendah bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 sememangnya berada dalam jangkaan, menurut penganalisis.