KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak 12.2 peratus kepada RM1 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023 daripada RM893.10 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Peningkatan ini kebanyakannya disebabkan oleh peruntukan cukai yang lebih rendah diiktiraf pada suku di bawah kajian, hasil daripada penggunaan insentif elaun pelaburan semula lebih tinggi, kata syarikat utiliti itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Sementara itu, hasil meningkat 3.9 peratus kepada RM12.63 bilion daripada RM12.15 bilion sebelum disebabkan oleh jualan elektrik yang lebih tinggi.
TNB berkata perbelanjaan operasi meningkat sebanyak 7.5 peratus kepada RM14.44 bilion daripada RM13.43 bilion, kebanyakannya susulan kos penjanaan yang lebih tinggi membawa kepada Ketidakseimbangan Kos Laluan (ICPT) yang lebih tinggi di bawah pemulihan diiktiraf pada suku tersebut.
Bagaimanapun terdapat pembalikan bersih dalam kemerosotan nilai instrumen kewangan berjumlah RM48.7 juta yang diiktiraf dalam tempoh semasa disebabkan peningkatan dalam aliran kutipan.
"Hasilnya, TNB mencatatkan keuntungan operasi yang lebih rendah sebanyak RM2.08 bilion, berkurangan sebanyak RM287.5 juta daripada tempoh sebelumnya," katanya.
Mengenai prospek, TNB berkata ia menjangkakan prestasi yang munasabah untuk tahun 2023 selpeas nikmati pendapatan suku pertama yang lebih baik daripada pertumbuhan permintaan elektrik sebanyak 0.8 peratus dan akan terus berhati-hati dengan cabaran akan datang termasuk harga bahan api tinggi dan inflasi.
"Kumpulan itu akan terus mengambil langkah berhemat dari segi keperluan operasi dan kewangannya untuk memastikan ia kekal berdaya tahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023

Hasil meningkat 3.9 peratus kepada RM12.63 bilion daripada RM12.15 bilion sebelum disebabkan oleh jualan elektrik yang lebih tinggi. -Gambar fail/TNB

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.
Putus tunang, pemuda nekad kembali ke pangkal jalan
Paling membuatkan Saiful terkilan kerana mengkhianati kepercayaan bekas tunang dan bakal ibu mentuanya, yang disifatkan sangat baik baik kepadanya.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
PM Anwar akan ketuai delegasi Malaysia ke APEC November ini
Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden, kata Anwar kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari beliau ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.
[TERKINI] Suspek utama kes bunuh kanak-kanak Lahad Datu diberkas
Seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun yang dipercayai suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Lahad Datu, berjaya diberkas polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.

Wanita rugi RM326,100 menjadi mangsa 'phone scam'
Mangsa yang bimbang ditahan pihak berkuasa telah membuat pemindahan wang simpanannya sebanyak RM326,100 ke enam akaun dipercayai milik "keldai akaun" sejak Julai hingga Ogos lepas.

MN Holdings dapat kontrak bernilai RM23.8 juta daripada TNB
Kontrak berkenaan adalah untuk mewujudkan pencawang masuk utama (PMU) 132 kilovolt (kV) baharu di Bekok, Johor.

RHB, TNB bekerjasama promosi peralihan tenaga hijau kepada PKS dan individu
RHB dan TNB akan menganjurkan jerayawara kelestarian mulai suku ketiga tahun ini bagi melibatkan PKS di bandar-bandar utama Malaysia.

TBB: TNB rancang labur RM90 bilion bagi enam tahun akan datang
TNB merancang untuk melabur RM90 bilion dalam tempoh enam tahun akan datang bagi membangunkan infrastruktur grid dalam integrasi tenaga boleh baharu (TBB).

TNB diminta kemuka pelan hala tuju pembangunan grid untuk integrasi TBB - Nik Nazmi
TNB diminta untuk mengemukakan pelan hala tuju pembangunan grid untuk integrasi TBB yang lebih tinggi.

Pastikan keterangkuman dalam agenda peralihan tenaga - Pengerusi TNB
Cabaran yang wujud dari krisis perubahan iklim serta keperluan untuk menjamin keselamatan tenaga secara amnya, memerlukan tumpuan dan tindakan kolektif semua pihak.

RM637 bilion diperlukan untuk capai 55GW tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050 - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, grid yang teguh dan fleksibel amat penting memandangkan usaha menambahbaik pelaksanaan RE akan tertumpu kepada tenaga solar.

Keuntungan bersih suku kedua TNB susut kepada RM327.9 juta
TNB mencatat keuntungan bersih lebih rendah kepada RM327.9 juta dalam suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2023, daripada RM872.2 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

TNB cadang tingkatkan pelaburan peralihan tenaga hampir enam kali ganda
Tenaga Nasional Bhd (TNB) bercadang meningkatkan pelaburan peralihan tenaga sebanyak enam kali ganda.

TNB sasar jana 8,300MW tenaga boleh baharu melalui solar menjelang 2025
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyasarkan untuk menjana 8,300MW tenaga boleh baharu melalui ladang solar berskala besar menjelang tahun 2025.