AirAsia X Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM151.66 juta bagi suku keempat berakhir 31 Dis 2015 berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM200.41 juta dalam tempoh yang sama pada 2014.
Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, berkata hasil meningkat kepada RM853.94 juta daripada RM816.87 juta sebelum ini.
Bagi tahun kewangan 2015, kerugian sebelum cukai syarikat itu telah berkurangan kepada RM434.19 juta daripada kerugian sebelum cukai sebanyak RM605.36 juta dalam tempoh sama pada 2014, manakala hasila menokok kepada RM3.06 bilion daripada RM2.94 billion sebelum ini.
Dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Benyamin Ismail berkata urus niaga di seluruh wilayah telah menyaksikan pulangan yang kukuh.
Katanya, pendapatan daripada penerbangan berjadual mencatatkan 11 peratus pertumbuhan dari tahun ke tahun pada suku keempat tahun 2015, walaupun mempunyai operasi laluan yang kurang berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.
"Kami menjangkakan arah aliran yang positif ini akan berterusan untuk tahun 2016," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Kamarudin Meranun berkata AirAsia X yakin dapat mencapai peningkatan dalam suku tahun berikutnya.
Katanya, sumbangan yang lebih tinggi akan datang dari perkhidmatan sokongan, kargo, pretasi laluan yang lebih baik dari Utara Asia selepas dipacu oleh pemasaran yang kuat.
Bernama
Sat Feb 27 2016
Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, berkata hasil meningkat kepada RM853.94 juta daripada RM816.87 juta sebelum ini.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.