awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keusahawanan kekal sebagai jentera pertumbuhan, kata Obama

Bernama
Bernama
25/06/2016
07:05 MYT
Keusahawanan kekal sebagai jentera pertumbuhan, kata Obama
Pentadbiran Obama menyokong keusahawanan dan menjadikannya keutamaan penting dalam dasar diplomasi dan dasar luar beliau.
Presiden AS, Barack Obama berkata, keusahawanan adalah penting dalam dunia yang semakin global dan kekal sebagai jentera pertumbuhan.
Berucap pada Sidang Kemuncak Keusahawanan Global 2016 (GES 2016), iaitu yang ketujuh dan terakhir beliau di sini, Obama berkata, usahawan mempunyai kuasa untuk membentuk perniagaan, mewujudkan pekerjaan dan menghasilkan produk baharu.
"Saya percaya kita akan berada dalam kedudukan lebih baik dalam dunia kita berdagang dan berangkaian, berkomunikasi dan berkongsi idea.
"Tetapi itu juga bermakna kebudayaan akan bertembung dan kadangkala ia menimbulkan gangguan dan orang ramai menjadi bimbang," kata presiden yang akan bersara itu di depan lebih 700 usahawan daripada 170 negara, selain 300 pelabur untuk peraduan pembentangan, panel dan rangkaian.
"Anda adalah jambatan. Anda adalah perekat, terutama golongan muda yang berada di sini yang boleh membantu memimpin kepada masa depan yang lebih aman dan makmur yang menawarkan peluang kepada setiap orang," katanya.
Pentadbiran Obama menyokong keusahawanan dan menjadikannya keutamaan penting dalam dasar diplomasi dan dasar luar beliau.
Kerajaannya bekerjasama secara langsung dengan usahawan di luar negara dengan mewujudkan pelbagai pusat di Pakistan, Kemboja, Zambia dan Kenya yang menawarkan latihan, bimbingan dan akses kepada teknologi kepada usahawan wanita.
Sementara itu GES 2016 yang diadakan mulai 22 hingga 24 Jun adalah sidang yang ketujuh. Sebelum ini ia telah dihoskan AS serta kerajaan Turki, Emiriyah Arab Bersatu, Malaysia, Maghribi dan Kenya.
Topic Berkaitan
#Barack Obama
#GES 2016
#keusahawanan
#Sidang Kemuncak Keusahawanan Global 2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan