awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple kategorikan MacBook Air cip Intel, iPhone 11 Pro sebagai usang
OpenAI bangunkan model AI audio baharu, perbualan lebih semula jadi dijangka Mac ini
Koperasi masjid di Malaysia: Memperkasa ekonomi ummah menjelang 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kewangan Islam: Terus berinovasi, pastikan Malaysia kekal kompetitif - Sultan Nazrin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
16/08/2022
05:02 MYT
Kewangan Islam: Terus berinovasi, pastikan Malaysia kekal kompetitif - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Penaung Diraja Inisiatif Kewangan Islam Malaysia berpandangan inovasi adalah asas dalam memastikan Malaysia kekal di kedudukan utama sektor kewangan Islam. - Gambar fail ISTANA NEGARA
KUALA LUMPUR: Peserta sektor kewangan Islam perlu terus berinovasi dalam memastikan rangka kerja serta polisi sedia ada mampu memenuhi kehendak sektor itu.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, dasar serta strategi sektor kewangan Islam yang dinamik perlu diwujudkan seiring usaha mengembangkan sektor tersebut.
Bertitah merasmikan Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) Ke-17, baginda berpandangan, inovasi adalah asas dalam memastikan Malaysia kekal di kedudukan utama sektor itu.
"Memandangkan kewangan Islam menjadi komponen yang semakin penting dalam sistem kewangan global, ia juga pasti akan terjejas oleh perubahan landskap pasaran kewangan global.
"Pada masa ini terdapat keperluan mendesak untuk menggerakkan kerjasama antarabangsa yang lebih besar untuk mengekalkan kestabilan kewangan global.
"Pandemik baru-baru ini telah menunjukkan bagaimana integrasi kewangan rentas sempadan mesti seiring dengan kerjasama dan penyelarasan antarabangsa.
"Ini adalah perlu untuk mengelakkan arbitraj kawal selia rentas sempadan serta risiko kesan penularan," titah baginda.
Baginda yang juga Penaung Diraja Inisiatif Kewangan Islam Malaysia berpandangan, struktur kawal selia kewangan Islam mesti menjangkau semua sempadan dengan aplikasi universal dan penguatkuasaan semua piawaian yang diperlukan.
Ini sekali gus, titah baginda, akan menyumbang kepada integrasi antarabangsa kewangan Islam yang lebih berdaya maju.
Ketika ini, terdapat 47 syarikat fintech Islam beroperasi di Malaysia berbanding negara lain seperti Indonesia (41), Emiriah Arab Bersatu (29) dan Arab Saudi (25).
Topic Berkaitan
#kewangan Islam
#fintech Islam
#Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
#KLIFF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan