awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Microsoft akan menyelesaikan pelbagai masalah Windows 11 sepanjang 2026
Pelajar lelaki dipukul dipercayai akibat insiden kelucahan melampau
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam Albert Tei cabar arahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran kualiti udara dikeluarkan di Kanada, AS ketika kebakaran hutan terus marak

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2025
00:20 MYT
Amaran kualiti udara dikeluarkan di Kanada, AS ketika kebakaran hutan terus marak
Kebakaran hutan yang melanda wilayah Manitoba, Saskatchewan dan Ontario telah memaksa ribuan penduduk berpindah. - Foto fail/REUTERS
TORONTO: Pihak berkuasa di Kanada dan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran kualiti udara di beberapa wilayah selepas asap tebal daripada kebakaran hutan yang berterusan menjejaskan persekitaran dan kesihatan awam.

Ringkasan AI
  • Asap kebakaran hutan di Kanada menjejaskan Toronto dan merebak ke bandar-bandar AS, mendorong amaran kesihatan awam di beberapa negeri.
  • Ribuan penduduk berpindah dan golongan berisiko dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar akibat tahap ozon tidak sihat.
  • Pakar iklim mengaitkan insiden ini dengan perubahan iklim, dengan Kanada mengalami pemanasan dua kali ganda lebih pantas berbanding purata global.

Bandar Toronto mencatatkan tahap kualiti udara antara yang terburuk di dunia pada hari Isnin, menurut Environment Canada.
Kebakaran hutan yang melanda wilayah Manitoba, Saskatchewan dan Ontario telah memaksa ribuan penduduk berpindah, manakala asap dari kebakaran tersebut telah melintasi sempadan dan menjejaskan bandar-bandar utama di AS termasuk Chicago dan kawasan Midwest.
Di AS, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran kualiti udara untuk negeri-negeri seperti Minnesota, Wisconsin, dan Illinois, dengan tahap ozon yang tidak sihat dan kesan asap yang berlarutan dari Kanada.
Pihak berkuasa menasihatkan golongan berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil dan individu dengan penyakit pernafasan agar mengehadkan aktiviti luar.
Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, dijadualkan bertemu pasukan kecemasan di Ottawa untuk menilai situasi semasa, manakala ahli Kongres AS telah menyuarakan kebimbangan terhadap kesan asap terhadap musim panas rakyat AS.
Pakar iklim menyatakan bahawa perubahan iklim memainkan peranan besar dalam intensiti kebakaran hutan yang semakin meningkat.
Kanada dilaporkan mengalami pemanasan pada kadar dua kali ganda berbanding purata global, dengan kawasan Artiknya memanas hampir tiga kali ganda.
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#kualiti udara
#musim panas
#kesihatan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan