BISNES
Kilang EV penuhi keperluan rakyat berpendapatan sederhana - PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pelepasan misi 5 Tour pada majlis peluncuran Kilang Kenderaan Elektrik Proton di PROTON Tanjung Malim hari ini. - Gambar/ Bernama
TANJUNG MALIM : Pelancaran kilang kenderaan elektrik (EV) Proton yang pertama di Malaysia bukan sahaja menandakan pencapaian baharu dalam industri automotif negara, bahkan juga memberi pilihan lebih mampu milik kepada rakyat berpendapatan sederhana.
Ringkasan AI
- Pelancaran kilang EV Proton menandakan pencapaian baharu dalam industri automotif negara dan menawarkan pilihan kenderaan mesra alam yang lebih mampu milik kepada rakyat berpendapatan sederhana, sekali gus mengubah persepsi bahawa insentif EV hanya untuk golongan berpendapatan tinggi.
- Pembangunan EV Proton selaras dengan agenda kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab automotif berteknologi tinggi di rantau ini, serta mengurangkan jurang akses rakyat terhadap kenderaan elektrik.
- Kejayaan Proton di pasaran Mesir menunjukkan potensi industri automotif Malaysia menembusi pasaran antarabangsa, dengan Perdana Menteri Mesir menyatakan penghargaan terhadap prestasi Proton yang popular dan mudah dimiliki rakyat di negaranya.
Anwar menegaskan, pembangunan EV Proton mampu milik ini turut selaras dengan agenda kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab automotif berteknologi tinggi di rantau ini, sekali gus mengurangkan jurang akses rakyat terhadap kenderaan mesra alam itu.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memaklumkan kejayaan Proton di pasaran Mesir merupakan bukti keupayaan industri automotif negara untuk menembusi pasaran antarabangsa dan memberi impak positif di luar negara.
Menurut beliau, perkara itu dizahirkan sendiri rakan sejawatnya, Mostafa Madboul ketika pertemuan mereka di Beijing baru-baru ini.
"Semasa di Beijing, Perdana Menteri Mesir bertemu saya dan menyatakan rasa bangga terhadap prestasi Proton di negaranya yang disifatkan sangat menggalakkan malah antara kereta baharu yang popular serta mudah dimiliki rakyat Mesir.
"Itu menunjukkan keupayaan kita untuk menceburi industri dalam lapangan ini, termasuk di luar negara, sekali gus memecahkan tembok-tembok yang sebelum ini menjadi halangan," katanya.
Tambah Perdana Menteri, pencapaian itu memberi isyarat bahawa Malaysia berjaya memecahkan halangan yang sebelum ini mengekang perkembangan industri automotif negara di pasaran luar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami