Seiring dengan kecanggihan teknologi telefon pintar masa kini, banyak penyedia telekomunikasi menawarkan kemudahan pembayaran tanpa tunai e-wallet atau dompet elektronik.
Apatah lagi, ramai pengguna kini yang kebanyakan urusan harian mereka bergantung sepenuhnya kepada penggunaan telefon pintar
Malah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada Oktober tahun lalu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia dijangka menjadi negara bebas matawang menjelang tahun 2050.
Bank Negara juga telah meluluskan lebih daripada 30 lesen e-wallet di Malaysia.
Berdasarkan kaji selidik dijalankan Visa:Sikap Pembayaran Pelanggan 2016, 74% rakyat Malaysia lebih gemar membuat pembayaran secara elektronik berbanding tunai.
Ini bermakna tujuh dari 10 rakyat Malaysia telah bersedia menjadi rakyat bebas matawang.
Menyedari potensi besar itu, Green Packet Berhad, syarikat perkhidmatan komunikasi dan teknologi telah melabur sehingga RM13 juta untuk turut serta dalam teknologi bayaran tanpa tunai ini .
Ini dilaksana menerusi kemasukannya di dalam FinTech dengan Webonline, aplikasi pembayaran mudah alih yang memberikan rakyat Malaysia cara mudah untuk berbelanja .
Dilancarkan pada pertengahan Disember 2017, kiplePay beri pilihan kepada rakyat negara ini membuat bayaran.
kiplePay menawarkan empat (4) manfaat utama berbandng tunai.
1) Lokasi geo-fencing: Pengguna boleh melihat rakan niaga yang disenaraikan di Kiple berdasarkan jarak mereka.
2) Pindahan rakan ke rakan: Pengguna boleh menghantar / menerima wang melalui akaun Kiple masing-masing.
3) Bayar bil dan isian semula telefon mudah alih.
4) Ganjaran: Tunai segera yang boleh digunakan untuk pembelian seterusnya.
Kiple juga menawarkan elemen baucer di mana pengguna boleh mendapatkan tawaran / tawaran dari rakan niaga dari aplikasi telefon bimbit.
Biarpun baru sahaja dilancarkan Disember tahun lalu, lebih 1000 rakan niaga sudah bekerjasama dengan Green Packet untuk menyertai aplikasi kiplePay.
Norzainah Zainal Abidin
Mon Mar 19 2018
Biarpun baru sahaja dilancarkan Disember tahun lalu, lebih 1000 rakan niaga sudah bekerjasama dengan Green Packet untuk menyertai aplikasi kiplePay. - Foto Wikipedia/ Greenpacket, Kiplepay.com/ Kiplepay
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Perlis, Kedah dan Melaka jadi projek rintis bayaran bantuan tanpa tunai
Projek melibatkan 700 orang terdiri daripada penerima bantuan baharu iaitu 210 orang di Perlis, 260 orang di Kedah dan 230 orang di Melaka.
Tambang BRT laluan Sunway diturunkan 20 peratus mulai 1 Dis
Insentif pengurangan tambang itu diharap dapat memberi impak positif kepada jumlah pengguna perkhidmatan BRT.
Mydin, Boost tawar pembayaran tanpa tunai
Inovasi yang dilancarkan itu seiring dengan keperluan berubah mengikut peredaran zaman bersama pengguna di Malaysia.
KiplePay beri pilihan kepada rakyat Malaysia buat bayaran tanpa tunai
74% rakyat Malaysia lebih gemar membuat pembayaran secara elektronik berbanding tunai.