awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsortium Transnasional raih kontrak bernilai RM139.88 juta daripada Probil

Dagang News
Dagang News
30/03/2022
23:30 MYT
Konsortium Transnasional raih kontrak bernilai RM139.88 juta daripada Probil
Konsortium Transnasional menerima tambahan surat anugerah kedua daripada Probil Industries membabitkan kontrak bernilai RM139.88 juta. -Dagang News
KUALA LUMPUR: Konsortium Transnasional Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Transnational Builder Sdn Bhd menerima tambahan surat anugerah kedua daripada Probil Industries (M) Sdn Bhd membabitkan kontrak bernilai RM139.88 juta.
Ia adalah susulan daripada surat anugerah yang diterima daripada Probil pada 28 Februari 2022, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Rabu.
Menerusi surat anugerah kedua itu, skop kerja membabitkan pembekalan bahan, alatan, peralatan, kerja sementara, buruh dan penyeliaan yang diperlukan untuk pembinaan dan menyiapkan kerja.
Ia membabitkan 561 unit rumah dan kedai di Desa 5, Desa 6, Desa 7 dan Desa 8, kerja-kerja infrastruktur tempatan dan kerja-kerja lain seperti yang ditetapkan dalam lukisan dan dokumen tender.
"Seperti ditetapkan dalam surat anugerah kedua ini, kerja-kerja pembersihan tapak, kerja tanah, tembok penahan dan kerja-kerja awal dijangka bermula pada 1 Julai 2024 manakala kerja-kerja bangunan dan infrastruktur tempatan pula bermula 1 Oktober 2024.
"Kesemua kerja ini sepatutnya disiapkan dalam tempoh 36 bulan daripada permulaan tarikh sebenar," katanya.
Konsortium Transnasional menjangkakan tambahan kontrak ini tidak memberi kesan kepada modal saham dan pemegangan utama kumpulan memandangkan ia tidak membabitkan sebarang terbitan saham biasa.
"Bagaimanapun, surat anugerah kedua ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan geran kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan seterusnya," tambahnya. -DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Konsortium Transnasional
#Transnational Builder
#Probil Industries
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan