awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Malaysia perlu beralih daripada kuantiti kepada kualiti pelancong - MiTDA
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
SWCorp keluar 42 notis kesalahan membuang sampah pada sambutan Ambang Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontrak bagi Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) dijangka diumum pada 2017

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
02/09/2015
13:04 MYT
Kontrak bagi Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) dijangka diumum pada 2017
SPAD: Anggaran kos perbelanjaan penuh projek Projek Rel Berkelajuan Tinggi masih tidak dapat dilakukan ketika ini. - Gambar Hiasan
Pemberian kontrak bagi Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura dijangka diumumkan pada 2017.
Ketua Pegawai Pembangunan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Dr Prodyut Dutt berkata, anggaran kos perbelanjaan penuh projek mega itu juga tidak dapat dilakukan ketika ini.
"Ini kerana proses tender masih belum dijalankan.
"Selagi ianya belum selesai, kos penuh belum dapat ditentukan," kata Dr Dutt.
Tambah beliau, banyak lagi prosedur yang harus diselesaikan dalam proses penyiapan dokumen tender.
"Selain itu, kita harus juga merujuk dengan Kerajaan Singapura berhubung perkara ini.
"Oleh itu, jangka masanya akan diputuskan secara bersama," jawab Dr Dutt ketika ditemui di upacara perasmian Rail Business Asia 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pagi tadi.
Beliau berkata demikian ketika ditanya para wartawan mengenai perkembangan HSR yang dijadualkan akan disiapkan pada 2022.
Topic Berkaitan
#HSR
#Prodyut Dutt
#Projek Rel Berkelajuan Tinggi
#SPAD
#Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan