awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koop Sahabat tawar perkhidmatan Ar-Rahnu, alternatif pajak gadai konvensional

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2025
03:30 MYT
Koop Sahabat tawar perkhidmatan Ar-Rahnu, alternatif pajak gadai konvensional
Dari kiri: Pengerusi Koop Sahabat, Mohd Najib Mohd Noor, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Leftenan Jeneral Bersara, Datuk Ahmad Norihan Jalal, dan Bendahari Koop Sahabat, Norsharizal Mashahrin - Foto Koop Sahabat
KUALA LUMPUR: Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu sebagai altnernatif kepada pajak gadai konvensional.
Pengerusinya, Mohd Najib Mohd Noor berkata, Koop Sahabat merupakan antara koperasi yang produktif dalam melebarkan aktiviti Ar-Rahnu, dalam tempoh 13 tahun penubuhannya.
“Sahabat Ar-Rahnu ditubuhkan oleh Koop Sahabat bukan hanya dari sudut aktiviti perniagaan semata-mata, tetapi ia mempunyai objektif yang lebih besar iaitu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat daripada belenggu riba serta memecah monopoli pajak gadai konvensional," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Ar-Rahnu merupakan satu bentuk perkhidmatan kewangan Islam yang unik dan telah memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi di Malaysia.
Mengulas lanjut, Mohd Najib berkata aktiviti Sahabat Ar-Rahnu telah menyumbang sebanyak 30 peratus kepada keuntungan koperasi pada tahun 2024.
Selain itu, ia turut menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan peningkatan sebanyak 25 peratus jumlah marhun sebanyak RM461 juta dan pengeluaran pembiayaan adalah melebihi RM346 juta berbanding tahun 2023.
Terdahulu, Sahabat Ar-Rahnu Koop Sahabat Cawangan ke-34 di Tawau, yang merupakan cawangan pertama di Sabah, dirasmikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Leftenan Jeneral Bersara, Datuk Ahmad Norihan Jalal.
Pada majlis sama, Koop Sahabat turut melancarkan kempen Cabutan WOW! Sahabat Ar-Rahnu 2025, yang bermula dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2025.
Kempen tersebut menawarkan hadiah berjumlah RM50,000, dengan hadiah utama sebuah motosikal, barangan elektrik serta simpanan akaun emas digital.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Koperasi Malaysia
#Koop Sahabat
#ekonomi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan