Kesemua 64 koperasi di bawah Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad (Narsco) disarankan supaya bergabung membentuk entiti yang lebih kukuh demi kepentingan ahlinya.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembentukan entiti tersebut penting bagi memastikan koperasi dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi dan membawa pulangan dividen kepada ahli.
"Mungkin selepas ini koperasi boleh bergabung kerana koperasi mempunyai kelebihan dan mempunyai potensi besar… tapi kalau bersaing sesama sendiri, ia tak akan memberi kesan.
"Mereka yang menguruskan koperasi mestilah orang yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, bukannya dilantik sesama sendiri yang menyebabkan koperasi tak akan berkembang dan akhirnya ditutup," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Koperasi Pekebun Kecil dan Mesyuarat Agung Tahunan Narsco ke-33 di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Pengerusi Narsco Datuk Zamri Yaakob.
Ismail Sabri berkata bagi membantu meningkatkan pendapatan koperasi, kementerian juga mengarahkan Risda membantu Narsco dengan mendahulukan koperasi itu dalam setiap projek yang dijalankan.
"Risda di peringkat nasional dan daerah mesti memberi keutamaan kepada koperasi-koperasi Risda berkuat kuasa pada Selasa.
"Risda berfungsi untuk membantu pekebun kecil…Risda mempunyai banyak projek, jadi daripada mereka (Risda) beri kepada pihak yang tiada kaitan dengan mereka, lebih baik projek itu diberi kepada koperasi kerana yang mendapat faedahnya juga adalah pekebun kecil yang merupakan ahli koperasi," katanya.
Pada majlis tersebut, Narsco yang merupakan badan induk kepada Koperasi-Koperasi Pekebun Kecil Risda turut mengumumkan pembayaran dividen sebanyak lima peratus bersamaan RM80,160 kepada 64 buah koperasinya dengan keahlian 146, 955 orang.
Dividen tersebut merupakan hasil keuntungan bersih yang dicatatkan kumpulan koperasi itu pada tahun lalu berjumlah RM19.6 juta berbanding RM350,000 pada tahun 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2017
Ismail Sabri melawat gerai pameran semasa hadir pada Majlis Perasmian Seminar Koperasi Pekebun Kecil dan Mesyuarat Agung Tahunan Narsco Ke-33 pada Selasa, 18 Julai, 2017. --fotoBERNAMA
Fokus Minggu Depan: Indeks Kebebasan Media Malaysia merudum 34 anak tangga
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
AS kenakan sekatan terhadap beberapa individu, entiti berhubung hak asasi manusia
Sekatan ini diumum sempena sambutan Hari Hak Asasi Sedunia.
Koperasi bawah Narsco disaran bergabung, jana lebih pendapatan
Pembentukan entiti tersebut penting bagi memastikan koperasi dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi dan membawa pulangan dividen kepada ahli.
Switzerland buka kertas siasatan berhubung 1MDB
Pejabat Peguam Negara Switzerland membuka kertas siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata seorang jurucakap pada Jumaat.