BISNES
KPDN perangi penyelewengan gas LPG subsidi secara agresif - Armizan
Armizan pada sidang media selepas sesi libat urus Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) bersama para peniaga di bawah persatuan peniaga makanan negeri kelantan di sini hari ini. - fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Kegiatan penyelewengan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di negara ini perlu ditangani segera kerana ada segelintir peniaga membelinya dengan kuantiti yang banyak untuk kegunaan sendiri, tetapi turut mengaut keuntungan dengan menjual harga lebih murah kepada pihak industri.
Ringkasan AI
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata berdasarkan tangkapan dilakukan pihaknya menerusi Op Gasak, kebanyakan gas yang diperoleh ialah gas decanting (pemindahan gas tong subsidi ke tong industri) dan penyelewengan ini bukan membabitkan negeri tertentu sahaja.
"Decanting ini satu perkara yang dilihat perlu kita kekang sebab pertama sumbernya daripada tong gas subsidi dan kedua, berdasarkan aduan kita peroleh ada syarikat tertentu menjual tong gas industri ini lebih murah sehingga menyebabkan jualan peniaga terlibat tidak laku dan merosot kerana ada alternatif lain yang dijual pada harga sedikit rendah daripada harga sebenar.
"Sebagai contoh, mereka (peniaga) membeli dengan jumlah yang banyak memandangkan tiada had yang dikenakan sebelum gas berkenaan disalurkan kepada tong gas industri demi mengaut keuntungan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sesi libat urus Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) (Pindaan) 2021 bersama Persatuan Peniaga Makanan Negeri Kelantan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Armizan berkata pihaknya akan mengekang masalah itu supaya ia dapat dikawal dengan sebaiknya dan tidak akan lepas tangan menerusi mekanisme kawalan yang dikenal pasti melalui sesi libat urus dengan semua pihak berkaitan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Peniaga didapati menyeleweng tong gas LPG bersubsidi melalui aktiviti decanting, iaitu memindahkan gas ke tong industri dan menjualnya pada harga lebih murah untuk mengaut keuntungan.
- KPDN melaksanakan Op Gasak bagi membanteras penyelewengan ini, yang berlaku di seluruh negara dan bukan terhad kepada negeri tertentu sahaja.
- Kerajaan akan memperketat kawalan melalui sesi libat urus dan mekanisme pemantauan, bagi memastikan subsidi LPG sampai kepada golongan sasaran dan tidak disalahgunakan.