BISNES
Krisis geopilitik: Kerajaan laksana strategi ekonomi ikut keperluan

Datuk Johan Mahmood Merican memberi jaminan, kerajaan akan memantau dengan teliti situasi geopilitik dan potensi kesannya terhadap ekonomi Malaysia.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memantau dengan teliti situasi geopilitik dan potensi kesannya terhadap ekonomi Malaysia.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican berkata, kerajaan sedar akan situasi itu yang berlaku ketika peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan berkuat kuasa 1 Julai ini.
"Ketidaktentuan geopilitik di Asia Barat mencetus kesimpulan awal tentang bagaimana ia mungkin mempengaruhi inflasi dan kos sara hidup di negara ini.
"Saya masih ingat semasa perang Ukraine dahulu, terdapat begitu banyak ketidaktentuan. Kita tidak tahu sejauh mana situasi ini mungkin meningkat dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada ekonomi," katanya pada sesi Concorde Club pada Isnin.Tambahnya, perang Rusia-Ukraine pada awalnya dijangka tidak banyak memberi kesan kepada Malaysia kerana tidak mempunyai banyak urusan perdagangan.
Namun, sangkaan itu meleset memandangkan Ukraine adalah pembekal utama makanan ternakan.
Ujarnya, dengan apa yang sedang berlaku di Asia Barat, pastinya akan memberi kesan tertentu kepada harga minyak yang menjadi salah satu prospek inflasi Malaysia.
"Bemula tahun ini harga minyak mengalami naik turun, bermula dengan julat harga AS$70 setong kemudian turun ke AS$60 setong bulan lepas dan naik semula susulan ketidakstabilan serantau," katanya.
Bagaiamanapun, inflasi bagi tahun ini masih kekal di bawah 2.0 peratus dan Maybank menganggarkan SST memberi kesan sebanyak 0.25 peratus ke atas Indeks Harga Pengguna.
"Anggaran secara dalaman yang dibuat oleh kementerian juga berada dalam magnitud yang sama," katanya.
Peluasan SST yang diumumkan kerajaan diunjur meraih RM5 bilion pada 2025 dan seterusnya bertambah kepada RM10 bilion pada 2026.
Dapatkan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami