KUALA LUMPUR: Kemelut Rusia-Ukraine dijangka berlarutan dalam waktu yang panjang, namun ia akan lebih kepada peperangan perdagangan, kata Profesor Emeritus, Sekolah Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Barjoyai Bardai.
Beliau berkata, rakyat Malaysia tidak sepatutnya terlalu mengambil berat tentang peperangan ini, selain daripada kesan ke atas sekatan ekonomi terhadap Rusia.
“Sudah ada perbincangan mengenai inflasi yang tinggi di Amerika Syarikat dan Eropah dan ini disebabkan oleh kekurangan bekalan minyak dan gas, sayur-sayuran hijau dari Rusia.
“Malaysia terjejas tetapi tidak seteruk (yang dialami oleh Amerika Syarikat dan Eropah). Tambahan pula, kita adalah negara pengeksport bersih dalam erti kata kita mengeksport lebih daripada import, jadi kita kurang kesan inflasi import yang akan kita hadapi,” katanya kepada DagangNews.com hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang konflik yang berlarutan di antara Rusia dan Ukraine.
“Saya fikir ini akan menjadi perang yang agak panjang, walaupun perang fizikal boleh ditenangkan tidak lama lagi, perang perdagangan akan menjadi lebih kekal dan ini adalah perang antara Rusia dan sekutunya menentang AS,” kata Prof Barjoyai.
Katanya, sekarang dunia melihat bahawa AS sudah rugi apabila mata wang Rusia, ruble telah meningkat nilainya.
Sejak lima bulan lalu, 20 ruble bersamaan nilai setiap ringgit. Hari ini hampir 10 ruble setiap ringgit.
Barjoyai Bardai
“Ia telah meningkat dua kali ganda dan AS cuba menjatuhkan ruble. Mereka cuba menjadikan ruble seperti apa yang berlaku terhadap mata wang Venezuela tetapi mereka gagal kerana Rusia (saya rasa) lebih bijak kali ini.
Menurut laporan Bloomberg, ruble telah mengukuh berbanding dolar AS, lebih daripada 11 peratus sejak awal tahun ini.
Laporan itu berkata, di pasaran mata wang antarabangsa, kadar pertukaran ruble telah menunjukkan pertumbuhan yang lebih besar kira-kira 12 peratus setakat ini.
Ruble mencapai paras tertinggi dalam tempoh empat tahun berbanding dolar AS pertengahan tahun ini selepas Moscow bertindak menyerang Ukraine pada Februari lalu.
Ia juga mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun berbanding mata wang Euro.
Menurut Dr Barjoyai, perang dingin antara Rusia dan Ukraine sememangnya telah berlaku selama beberapa dekad, tetapi percikan kali ini adalah kerana Rusia menganggap Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah melampaui batas.
“Inilah yang dikatakan oleh Rusia bahawa mereka memusnahkan semua senjata biologi atau senjata yang dihasilkan oleh NATO di Ukraine.
“Rusia mahukan Ukraine menjadi negara berkecuali dan bukan sebahagian daripada NATO. Itulah objektifnya (sebenar), “ ujar beliau.
Menurut laporan media, setakat ini, pencerobohan Russia mengakibatkan kerosakan kira-kira AS$100 bilion membabitkan jalan raya, jambatan dan perniagaan, satu kesan besar kepada ekonomi Ukraine. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Jul 26 2022
Pasukan penyelamat melakukan usaha mencari dan menyelamat selepas sebuah bangunan di Chuhuiv, Ukraine dibedil peluru berpandu Rusia. - Foto AP
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.