KUALA LUMPUR: Perang Rusia-Ukraine dan varian Omicron COVID-19 terus menjejaskan kargo udara dengan permintaan global diukur dalam kargo tan kilometer (CTK) turun 5.2 peratus pada Mac 2022 berbanding bulan yang sama tahun lepas.
Memetik data Mac 2022 bagi pasaran kargo udara global, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata kapasiti kargo udara berada pada 1.2 peratus di atas paras Mac 2021.
"Walapun ia adalah angka yang positif, namun ia merupakan kejatuhan ketara berbanding 11.2 peratus tahun ke tahun pada Februari 2022, dengan Asia dan Eropah mencatatkan penurunan terbesar dalam kapasiti," katanya dalam satu kenyataan.
Syarikat penerbangan Asia Pasifik mencatatkan penurunan kuantiti kargo udara sebanyak 5.1 peratus pada Mac 2022 berbanding bulan yang sama pada 2021, manakala kapasiti yang tersedia di rantau itu susut 6.4 peratus berbanding Mac 2021, penurunan terbesar dalam kalangan semua rantau.
"Dasar sifar-COVID di tanah besar China dan Hong Kong memberi kesan kepada prestasi," katanya.
Menyedari bahawa pasaran kargo udara bergerak seiring dengan perkembangan ekonomi global, Ketua Pengarah IATA Willie Walsh pada Mac 2022 berkata bahawa persekitaran dagangan menjadi lebih teruk.
"Kombinasi perang di Ukraine dan penularan varian Omicron di Asia telah menyebabkan kenaikan kos tenaga, memburukkan gangguan rantaian bekalan dan membawa tekanan inflasi.
"Justeru, berbanding setahun lalu, semakin sedikit barangan dihantar termasuk menerusi pengangkutan udara," katanya.
Walsh berkata keamanan di Ukraine dan peralihan dasar COVID-19 di China akan banyak membantu mengurangkan ketidaktentuan industri.
"Namun memandangkan kedua-duanya dijangka tidak berakhir dalam tempoh terdekat ini, kami menjangkakan peningkatan cabaran bagi kargo udara ketika pasaran penumpang mempercepat pemulihan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 04 2022

IATA berkata kapasiti kargo udara berada pada 1.2 peratus di atas paras Mac 2021. - Gambar fail

Bincang dengan KKM nilai perubatan kanabis, ketum - TPM
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang melihat potensi perubatan yang ada dalam tanaman kanabis dan ketum, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Polis sedang memburu seorang pemandu lelaki yang dikesan memandu secara melawan arus di Kilometer 11.9 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

23 syarikat diberi lesen pengelola jemaah haji tahun ini - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444H / 2023.

Agenda AWANI: Isu kekurangan guru, bila nak selesai?
Profesion guru didakwa semakin membebankan dengan tugas melampau hingga menyebabkan ada yang memilih bersara awal kerana tertekan? Apa penyelesaiannya?

Anifah dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah
Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

EU bukan Islamofobia - Duta
Tindakan dua pelampau Islamofobia yang membakar al-Quran baru-baru ini amat menyedihkan, tegas Michalis Rokas.

"Pembentukan Kerajaan Perpaduan hanya untuk balas budi Zahid" - Muhyiddin
Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak seperti apa yang dijanjikan khususnya dalam soal integriti dan tatakelola yang baik.

Marah di balai polis, lelaki ditahan miliki video lucah
Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.

Agenda AWANI: Malaysia-Singapura | Kerjasama Ekonomi Baharu
Singapura adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencatat RM367.53 bilion (AS$83.53 bilion) tahun lalu. Apa lagi kerjasama ekonomi baharu yang boleh dirintis kedua-dua buah negara?

12 ekor kucing 'harta' pertama diselamatkan ketika banjir
Dalam kejadian banjir itu, kediaman Faridah dan suaminya Ahad Musa, 52, antara yang teruk terjejas apabila air naik hingga ke paras pinggang.

IATA gesa kerajaan ikut saranan pakar mengenai sekatan perjalanan
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan untuk mendengar saranan pakar termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya tidak melaksanakan sekatan perjalanan.

IATA, Travalyst bergandingan mengira pelepasan karbon dioksida dalam industri penerbangan
Kerjasama ini akan menumpukan pada data dan metodologi standard untuk pengiraan pelepasan CO2 penumpang.

Syarikat penerbangan diunjur kembali untung, dengan untung bersih global US$4.7 bilion pada 2023 - IATA
IATA juga berkata, kerugian bersih syarikat penerbangan dijangka lebih rendah bagi 2022, dianggarkan berjumlah US$6.9 bilion.

Perhimpunan IATA Geneva rangka masa hadapan industri penerbangan
Antara yang akan mendapat fokus khusus adalah trafik, kargo, keselamatan serta kemampanan yang akan dikemas kini.

Permintaan penumpang pada Oktober petanda pemulihan berterusan - IATA
Perjalanan udara meneruskan momentum pemulihannya pada Oktober 2022.

Permintaan, kapasiti kargo udara global turun pada Oktober 2022 - IATA
Kapasiti menyusut 0.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Jumlah trafik udara pada Julai naik 58.8 peratus, trafik antarabangsa pulih kukuh
Sektor penerbangan terus mencatatkan pemulihan berikutan orang ramai mengambil peluang untuk melakukan perjalanan.

Jumlah trafik udara meningkat 76.2 peratus pada Jun 2022 - IATA
Di peringkat global, trafik untuk perjalanan udara kini berada pada 70.8 peratus daripada paras sebelum krisis pandemik.

Jumlah trafik udara meningkat 83.1 peratus pada Mei 2022 - IATA
Jumlah RPK pada Mei 2022 mencapai 68.7 peratus daripada paras Mei 2019, sekali gus merupakan prestasi terbaik setakat ini pada 2022.

IATA gesa pengenalan 5G yang selamat untuk penerbangan
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan untuk bekerjasama rapat dengan industri penerbangan dalam menjamin keselamatan sistem penerbangan.