awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kurangkan SRR, tingkat perbelanjaan orang ramai

Pritha Manivannan
Pritha Manivannan
22/01/2016
10:50 MYT
Kurangkan SRR, tingkat perbelanjaan orang ramai
Bank Negara Malaysia pada Khamis mengumumkan pengekalan kadar OPR pada 3.25% dan mengurangkan SRR kepada 3.5% - Foto Wikipedia
Langkah Bank Negara Malaysia mengurangkan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) akan memudahkan orang ramai mendapatkan pinjaman.
Menurut Penganalisis MIDF Research, Nor Zahidi Alias, ini seterusnya akan meningkatkan perbelanjaan pengguna selain meningkatkan aktiviti ekonomi.
Walaubagaimanapun beliau berkata, bank mengambil langkah berhati-hati memberi pinjaman kerana risikonya yang tinggi.
“Perbelanjaan pengguna semakin lemah susulan impak pelaksanaan GST dan peningkatan kos sara hidup. Itulah sebabnya jika anda melihat angka perbelanjaan pengguna suku ketiga ia menyusut. Ia berada dibawah paras 5%.
“Dengan memberi bank levi untuk meningkatkan pinjaman kepada pengguna. Langkah ini diharap akan meningkatkan kadar perbelanjaan pengguna,” kata Zahidi.
Sementara itu, beliau berkata Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dikekalkan Bank Negara Malaysia merupakan langkah yang betul.
“Pengekalan kadar OPR merupakan langkah yang betul diambil BNM pada 3.25%. Pada pendapat saya, dari segi fiskal, sasaranya terhad. Dari segi monetori, polisi monetori tidak boleh melakukan segalanya untuk menyokong ekonomi.
“OPR digunakan untuk membantu ekonomi jika yang lain tidak berjaya,” katanya.
Turut senada, Ketua Ekonomi Kumpulan IQI, Shan Saeed berkata, langkah mengekalkan OPR menunjukkan tanda positif dan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia.
Walaubagaimanapun beliau berkata ia tidak akan memberikan kesan serta merta.
“Impak setiap pemotongan kadar hanya dapat dilihat sekurang-kurangnya selepas suku kedua atau ketiga.
“KDNK Malaysia akan berada pada 5% ke 5.2% dan Malaysia dijangka akan melihat pertumbuhan positif tahun ini,” Shan berkata.
Bank Negara Malaysia pada Khamis mengumumkan pengekalan kadar OPR pada 3.25 peratus dan mengurangkan SRR kepada 3.5 peratus daripada 4 peratus.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#kadar dasar semalaman
#Ketua Ekonomi Kumpulan IQI
#MIDF Research
#Nisbah Keperluan Rizab Berkanun
#Nor Zahidi Alias
#OPR
#Shan Saeed
#srr
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan