KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM48.02 bilion bagi sembilan bulan pertama berakhir 30 Sept 2021, meningkat 7.7 peratus daripada RM44.60 bilion yang direkodkan pada tempoh yang sama 2020.
Menurut kenyataan KWSP pada Selasa, jumlah pendapatan pelaburan kasar bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2021 pula mencecah RM13.97 bilion, lebih rendah daripada RM17.33 bilion yang direkodkan pada suku yang sama 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pasaran ekuiti domestik dan pasaran pesat membangun pada suku ketiga 2021 adalah tidak menentu, sebahagian besarnya disebabkan oleh kebimbangan berhubung peningkatan kadar inflasi dan kadar faedah.
"Pada masa yang sama, pemulihan berterusan ekuiti dalam ekonomi maju ketika suasana ketidaktentuan yang memuncak telah memberikan peluang kepada KWSP untuk memanfaatkan keuntungan tambahan," katanya dalam kenyataan yang sama.
KWSP menjelaskan, ekuiti kekal sebagai penyumbang terbesar dengan 54 peratus atau RM7.50 bilion kepada jumlah pendapatan pelaburan kasar.
"Sebagai sebahagian daripada dasar dalaman dan langkah berhemat bagi memastikan kemantapan portfolio KWSP, sebanyak RM0.11 bilion telah dihapus kira untuk ekuiti tersenarai pada suku tersebut, berbanding RM0.13 bilion pada suku yang sama 2020.
"Setelah mengambil kira kos hapus kira, pendapatan pelaburan bersih sebanyak RM13.86 bilion telah direkodkan pada suku ketiga 2021," jelasnya.
KWSP menambah, secara kumulatif, sebanyak RM0.35 bilion telah dihapus kira untuk ekuiti tersenarai, lebih rendah daripada RM6.46 bilion pada tempoh yang sama 2020, didorong oleh pemulihan berterusan dalam pasaran ekuiti global, menjadikan pendapatan pelaburan bersih sebanyak RM47.67 bilion bagi sembilan bulan pertama 2021, berbanding RM38.14 bilion untuk tempoh sama 2020.
Pelaburan dalam pendapatan tetap menyumbang sebanyak RM5 bilion atau 36 peratus kepada pendapatan pelaburan kasar semasa suku ketiga 2021, iaitu lebih rendah daripada RM8.18 bilion yang dijana pada suku ketiga 2020, berikutan keuntungan dagangan yang lebih rendah, jelasnya.
"Ini selari dengan hasil pasaran yang lebih tinggi pada suku ketiga 2021 berbanding tempoh sama 2020," katanya.
Selain itu, hartanah dan infrastruktur serta instrumen pasaran wang KWSP pula masing-masing menyumbang RM1.18 bilion dan RM0.29 bilion.
Setakat September 2021, aset pelaburan KWSP mencatatkan RM988.55 bilion dengan sejumlah 36 peratus telah dilaburkan dalam pelaburan luar negara.
"Pada suku ketiga 2021, pelaburan luar negara telah menjana pendapatan sebanyak RM8.10 bilion yang merangkumi 58 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan kasar yang direkodkan," katanya.
Menurut dana persaraan itu, sejumlah RM1.40 bilion daripada RM13.97 bilion pendapatan pelaburan kasar telah dijana untuk Simpanan Shariah manakala Simpanan Kovensional sebanyak RM12.57 bilion.
Menyentuh prospek, Amir Hamzah berkata pembukaan semula ekonomi Malaysia dijangka dapat menyokong pemulihan secara beransur-ansur sehingga 2022 dan KWSP akan merancakkan lagi usaha untuk membantu kalangan ahli membina semula simpanan persaraan mereka serta melebarkan jaringan keselamatan sosial.
"Antara inisiatif utama KWSP pada 2022 adalah mengemaskinikan mandat kami agar kekal relevan kepada lebih ramai rakyat dalam sektor tidak formal serta pekerja kontrak bagi perkhidmatan yang kini merangkumi tenaga kerja majoriti negara.
"Ini penting kerana kami ingin memastikan mereka mendapat akses sekurang-kurangnya kepada taraf hidup minimum, walaupun dalam suasana yang tidak dijangka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 11 2022

KWSP berkata, ekuiti kekal sebagai penyumbang terbesar kepada pemulihan berterusan dengan 54 peratus atau RM7.50 bilion daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar.

COVID-19 | Penularan COVID-19 negara tunjuk trend penurunan
Situasi wabak COVID-19 dalam negara menunjukkan perkembangan positif sepanjang minggu epid (ME) 20/2022 apabila beberapa indikator menunjukkan penurunan kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sepanjang ME 20/2022 dari 15 hingga 21 Mei lalu, KKM merekodkan penurunan kes baharu sebanyak 28.8 peratus iaitu 19,137 kes kepada 13,630 kes berbanding ME 19/2022.

Ceroboh Perairan | Bot asing bersama 18 awak-awak ditahan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM, tahan sebuah bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara. Menurut Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli bot berkenaan ditahan dalam satu rondaan operasi penguatkuasaan bersepadu Op Naga Barat dan Op Khas Kuda Laut.

Anthony Albanese angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia ke-31
Albanese menewaskan Scott Morrison dan gabungannya, sekali gus menamatkan kuasa pakatan itu selama hampir sembilan tahun.

Cubaan Culik | Budak empat tahun dilarikan lelaki warga Myanmar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berdepan detik cemas apabila cuba dilarikan lelaki warga Myanmar ketika sedang bermain di hadapan rumahnya, dekat Pusat Dagangan Batu 3, di Batu Tiga, Jalan Gambang, Kuantan. Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengenai kejadian itu jam 9.45 pagi, pada Ahad.

Jom Tengok Bola | Platform pupuk semangat perpaduan
Jom Tengok Bola Unity bersama Harimau Muda menentang Indonesia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Astro AWANI merupakan platform tepat bagi menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sukan SEA Hanoi: Penganjur janji majlis penutup paling diingati
Tran Ly Ly berkata, majlis penutup akan menjadi acara yang lebih selesa dan mesra, dengan moto 'Bersatu untuk bersinar'.

Kes baharu COVID-19 menurun 28.8 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham
Perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 4,489,503 kes dengan 28,085 kes aktif.

6 tahanan Palestin larikan diri dari jel Israel dihukum penjara
Tindakan meloloskan diri dari penjara tahun lepas menyebabkan mereka diburu Israel dalam operasi besar-besaran.

Isteri terima kiriman mesej bukan-bukan, Caprice beri masa 24 jam untuk pengirim mohon maaf
Orang ramai boleh benci dirinya, tetapi jangan sesekali ganggu isteri dan anaknya, tegas Caprice.

AWANI Pagi: Bantuan kos operasi diperlukan demi penjagaan warga emas
Kekangan yang dihadapi rata-rata pusat penjagaan warga emas adalah kos operasi yang tidak mencukupi bagi melancarkan proses penjagaan mereka. Ikuti kisah Pusat Penjagaan Mahmudah Malaysia yang memerlukan bantuan dana demi menjaga warga emas yang terbiar.

Tempahan ketupat daun palas meningkat angkara KWSP
Tempahan ketupat daun palas menjelang Aidilfitri tahun ini adalah paling banyak.

Pengeluaran Khas KWSP: 'Tidak salah guna untuk raya, namun perlu berpada-pada'
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memperoleh pengeluaran khas perlu ada sistem pengesanan wang bagi merancang perbelanjaan peribadi mereka dengan lebih baik.

Menjelang Aidilfitri, jualan barang kemas di Kelantan naik mendadak
Sebaik wang pengeluaran khas KWSP diterima, dijangkakan lebih ramai orang akan keluar membeli emas.

Keluarga Malaysia diminta bersabar, tunggu pengeluaran KWSP
KWSP telah beri komitmen untuk berusaha menyelesaikan semua permohonan pencarum sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Pengeluaran khas KWSP: Saya tidak menghasut - Ahmad Zahid
Beliau berkata, hampir pasti juga tidak benar pengeluaran kemudahan pengeluaran khas RM10,000 akan menjejaskan strategi pelaburan KWSP.

Bayaran pengeluaran khas KWSP diawalkan bermula esok
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz memaklumkan keputusan mengkreditkan awal pengeluaran tersebut kerana ramai yang meminta ia dipercepatkan.

Pengeluaran Khas KWSP: PPIM mula terima aduan pencarum diganggu sindiket penipuan
Beliau menasihati pencarum supaya lebih berwaspada dan tidak sesekali terjerat dengan sindiket itu.

KWSP terima 5.3 juta permohonan Pengeluaran Khas bernilai RM40.1 bilion setakat 14 April
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima sejumlah 5.3 juta permohonan bernilai RM40.1 bilion di bawah kemudahan Pengeluaran Khas setakat 8 malam, 14 April, 2022.

Semakan status pengeluaran khas KWSP bermula 9 April
Pengeluaran khas KWSP telah mula dibuka pada 1 April lalu sehingga 30 April ini.

Pengeluaran khas KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000?
Apabila pengeluaran khas dibuat, nisbah 100:0 akan digunakan.