Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memperkenalkan 'Pengeluaran Haji' yang membolehkan ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka sehingga RM3,000 daripada Akaun 2 bagi membiayai kos ibadah haji berkuat kuasa 1 Jan ini.

Dalam satu kenyataan, RabuTimbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP Datuk Ibrahim Taib berkata permohonan mudah tanpa perlu mengisi borang itu boleh dibuat ahli berumur kurang 55 tahun dengan syarat mereka telah menerima surat tawaran menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji (LTH).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, beliau berkata ahli yang berminat boleh mengunjungi laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000.