awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWSP yakin ekonomi Malaysia stabil dengan kerajaan baharu

Astro Awani
Astro Awani
13/05/2018
08:33 MYT
KWSP yakin ekonomi Malaysia stabil dengan kerajaan baharu
KWSP menjangkakan bahawa sebarang kemungkinan kejatuhan pasaran jangka pendek akan menyediakan peluang pelaburan yang lebih untuk pasaran domestik.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal optimistik mengenai ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang susulan penubuhan kerajaan baharu pasca PRU14.
Menurut KWSP, saranan kerajaan baharu agar institusi tempatan terus meningkatkan penambahbaikan tadbir urus korporat, seiring dengan tahap kawal selia yang lebih tinggi oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Ini akan memberikan kesan yang baik kepada persekitaran perniagaan tempatan.
"KWSP telah lama melabur di negara ini dan percaya bahawa asas ekonomi negara akan kekal kukuh," kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan.
"Ketidaktentuan jangka pendek adalah sesuatu yang dijangka memandangkan negara, buat pertama kalinya, mengalami peralihan kuasa.
"Namun proses peralihan kuasa yang lancar setakat ini berupaya meyakinkan pelabur akan kematangan demokrasi dan ekonomi Malaysia,” tambah beliau lagi.
Datuk Shahril turut mengesahkan bahawa KWSP akan terus melabur berdasarkan prinsip pelaburan sedia ada dan parameter risiko yang ditetapkan.
"Kami mengalu-alukan fokus Kerajaan untuk terus memperbaik rangka kerja gaji minimum serta menggalakkan simpanan secara sukarela terutamanya untuk golongan suri rumah," kata Shahril lagi.
Topic Berkaitan
#Aberdeen
#akaun 1
#akaun 2
#bursa
#EPF
#KWAP
#KWSP
#Malaysia
#pasaran
#PRU
#saham
#SC
#Securities Commission
#Shahril Ridza Ridzuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan